BILA KEPUTUSAN SPM 2010 DIUMUMKAN?
petikan berita dari MalaysianInsider
PUTRAJAYA, 21 Mac – Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.
Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. – Bernama
……………………………………………………
tiba tiba teringat masa nak ambik result SPM masa tahun 2008 dulu. Perasaan tu jangan cakap la. Malam tu memang tidor tak lena langsung. Asyik memikirkan apa akan jadi sebab masa jawab tu buat hentam lebih kurang ja. Then bila dah dapat..hurmm ok la…ada jugak A kan dari tak dak langsung.
And moment paling best masa SPM aku dulu, bila student sekolah aku , Azali Azlan cipta rekod Terbaik SPM Malaysia. 21A tu. Memang tak dak orang boleh lawan dia. Tapi pelik, aku study jugak dengan dia tapi why result aku teruk gila?(dasar memang malas kan’?.)haha.
result dia sumpah panjang. Aku penah tengok.
last aku jumpa dia masa tahun 2009 before dia pegi oversea. Siap belanja aku lagi tu. Biasa la ,lepas SPM kuar tu kan dia jadi penceramah , so income memang masyuk habis la..
Berita pasal Azali ada di SINI. kalau baca tau la aku sekolah mana.haha.So adik adik yang nak ambik result tu gud lux semua. Doa banyak banyak bagi result gempak gempak.
1 comment
nak habaqlaaaaaaaaaaaa bahhahahaah
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)