NEW YORK, Amerika Syarikat - Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya tarikan graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.
Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.
Sumber: KOSMO, Rabu 9 Mac 2011
4 comments
uish...
semoga Allah menyelamatkn kite semua..
ameen.
dan hari ni tsunami berlaku di Jepun.
doa2 semoga dijauhkan dari bala ni..
@hana insyaAllah..
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)