Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM mulai 24 Februari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2011. Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES
KELAYAKAN MEMOHON
Calon-calon mestilah mempunyai:
a. ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D);
ljazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).
Bagi pengajian bidang Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan ljazah Pergigian dari Universiti yang diiktiraf.
Calon-calon (bagi kedua-dua peringkat pengajian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 peringkat ljazah Sarjana Muda (Kepujian).
Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badanbadan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.
6. Had umur calon adalah seperti berikut:
a. berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D;
b.berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Sarjana;
c. bagi kursus bidang-bidang Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun semasa memohon.
CARA-CARA MEMOHON
Calon-calon adalah diminta untuk mengisi borang permohonan Tenaga Pengajar Muda (TPM) secara atas talian melalui laman web UiTM http://www.uitm.edu.my/ mulai 24 Februari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Mac 2011 Sebarang permohonan yang dibuat TANPA mengisi borang TPM secara atas talian TIDAK AKAN DIPROSES.
PEMAKLUMAN
Berikut adalah pemakluman kepada calon-calon yang memohon Skim Tenaga Pengajar Muda, UiTM:
1. Calon-calon berjaya mesti menduduki peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dengan memperolehi skor minima:-
Pengajian DALAM Negara:-
IELTS 5.0 / TOEFL 500 (paper- based) / TOEFL 173 (computerbased)/
TOEFL 59-60 (internet-based)
Pengajian LUAR Negara:-
IELTS 6.5 / TOEFL 575 (paper- based) / TOEFL 232 (computerbased)/
TOEFL 90-91 (internet-based)
2. Membuat persediaan awal dengan berusaha untuk mendapatkan tempat
pengajian sendiri di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Hanya calon-calon yang telah disenarai tapis sahaja akan dipanggil temuduga oleh pihak Fakulti.
4. Sila berhubung dengan Fakulti berkenaan berhubung makiumat lanjut bidang yang diiklankan.
5. Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui talian 03-5544 3237/ 3236.
8 comments
err. nak mohon sini boleh? hahaha. untuk anak =DDDDDDDD
hmm..sy dpt tawaran tpm dlm master anatomy tpi masalahnye sy sdg sambung belajar master di um skrg dlm bidang biomedic..jika sy nk tukar kos ke phd boleh ke..? tawaran tu sah smpi bln 9 2011 je.. sy confused nk accept or x...
sy nk tya ble biasanya skim pensyarah muda tu keluar? utk tahun 2012 dh kuar ke?
Salam, bleh sye tau x bl sebnrnyer kt boleh memohon utk TPM bg thn 2012? Sepatutnyer bln 3 ni dh kuar kan?
@Anonymous salam..tak pasti la untuk tahun ni ..sebab post ni yang tahun lepas
Salam..tahun 2012 punye ade tak?
@CikBulat hahah boleh22=)
TAUN 2012 DAH KUAR... GOOGLE E-TPM....
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)