PETALING JAYA, 13 Jan — Pemuda Umno hari ini telah menyerahkan surat rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung isu ekonomi yang membabitkan manifesto 100 Hari Pakatan Rakyat sekiranya berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.
Dalam surat itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR khusus kepada isu “Kaedah Mengendalikan Ekonomi Negara”.
“Kita telah hantar surat rasmi berdebat dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jelaskan program 100 hari Pakatan Rakyat yang telah diwar-warkan sebelum ini,” katanya.
“Saya dan Datuk Seri Reezal berbesa hati apabila dibenarkan naik untuk menghantar surat tersebut yang sebelum ini hanya dimaklumkan melalui media, Twitter... jadi hari ini YB Khairy secara rasmi mempelawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama-sama berdebat untuk topik itu,” kata Megat Firdouz kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelawaan itu.
Beliau berkata Anwar perlu menerima pelawaan tersebut untuk menjelaskan maksud sebenar Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang begitu hangat diperkatakan dalam barisan kepimpinan tiga parti komponen itu termasuk PAS dan DAP.
“Kita mahu memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menilai apa yang mereka selama ini perkatakan 100 hari ekonomi.
“Respons kakitangan itu adalah akan sampaikan surat itu kepada Datuk Seri Anwar, terpulang kepada beliau untuk terima atau tidak,” katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap sangat atas nama demokrasi untuk tahu rancangan mereka sebenar, “terimalah pelawaan, sahutlah pelawaan kami” untuk sama-sama berdebat dan dengar apa yang mereka hendak menjamukan kepada rakyat seperti mana yang mereka katakan dalam tempoh 100 hari jika memerintah.
Megat Firdouz berkata pihaknya menantikan jawapan segera daripada Anwar supaya debat tersebut boleh ditetapkan.
“Tarikh, tempat semua kita akan bincang kemudian... yang penting adalah persetujuan. Kalau Datuk Seri Anwar bersetuju saya dan Reezal akan berbincang dengan pentadbiran untuk menentukan tarikh dan tempat.
“Kami minta jawapan secepat yang mungkin.
“Itu terpulang kepada mereka (untuk turunkan siapa), kami hanya mahu dengar dan berdebat tentang apa yang mereka mahu katakan,” katanya.
Sementara itu, Reezal Merican pula berkata Pemuda Umno tidak kisah sekiranya Anwar mahu menurunkan orang lain untuk berdebat dengan Khairy kerana apa yang lebih penting adalah penjelasan kepada rakyat.
“Beginilah, pelawaan yang kita hadir hari ini adalah pelawaan yang penuh tanggungjawab sebab itu Pemuda Umno hantar dua senior Exco kerana kita terima permintaan Datuk Seri Anwar untuk berdebat tentang tatacara untuk mengendalikan ekonomi negara.
“Ini penting kerana ini membabitkan soal kepentingan rakyat dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) ada tanggungjawab kepada rakyat yang lebih besar.
“Soal siapa tidak penting tapi soal yang lebih penting adalah tanggungjawab kita kepada rakyat, rakyat nak dengar.
Jadi kita nak buka lantai demokrasi yang lebih luas bukan hanya kepada pendebat ini tapi kepada rakyat untuk menilai,” katanya.
Beliau percaya Anwar akan menerima pelawaan tersebut untuk membuktikan kepada rakyat bahawa program 100 Hari Pakatan Rakyat itu dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ekonomi negara.
“Datuk Seri Anwar tentu ada dalam kepalanya tentang perkara-perkara yang mahu dihidangkan dan santapan kepada rakyat dalam menuju ke depan, begitu juga Khairy.
“Jadi jangan anggap debat ini adalah soal untuk mencari kemenangan, bagi saya kemenangan sebenar adalah untuk rakyat. Saya tidak nampak kenapa Datuk Seri Anwar tidak akan terima, ini adalah masa terbaik untuk beliau.
“Buktikan kepada rakyat, saya percaya beliau akan lakukan,” katanya.
Sebelum ini Anwar mencabar Najib untuk berdebat berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat namun ditolak Najib.
Anwar membuat cabaran itu ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat dengan mengatakan parti itu mampu membiayai program 100 Hari mereka dengan hanya memerlukan dana RM19 bilion.
agak -agak kenapa KJ ajak berdebat?sebelum nie bukan main lagi cakap dah tak kamu bertanding pilihanraya akan datang...ada agenda lain ke??or memang KJ sengaja nak rakyat Malaysia semua tahu maksud sebenar 100 hari tu...kalau tak buat debat..susah untuk spread benda tu ke seluruh negar...hmmm....fikirkan!!
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)