Home » , , » Masih Hidup Selepas 2 Minggu Terperangkap 700meter Dibawah Tanah

Masih Hidup Selepas 2 Minggu Terperangkap 700meter Dibawah Tanah

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 24, 2010 | 11:59 AM

sumber : KOSMO



SANTIAGO - Seramai 33 orang pelombong didapati masih hidup dan berada dalam keadaan sihat walaupun sudah dua minggu terperangkap di bawah tanah sedalam 700 meter selepas pintu masuk lombong emas dan tembaga yang terletak 800 kilometer ke utara Santiago runtuh pada 5 Ogos lalu.
Pasukan penyelamat Chile semalam bersiap sedia untuk melancarkan misi menyelamat yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 120 hari atau empat bulan.
Menurut seorang anggota penyelamat, Andres Sougarret, sebuah kamera yang dimasukkan melalui satu lubang yang ditebuk sedalam 700 meter menunjukkan pelombong-pelombong itu tidak memakai baju dan berpeluh.
Suhu dalam lombong itu adalah di antara 32 hingga 37 darjah Celsius.
Pada Ahad lalu, Presiden Chile, Sebastian Pinera membacakan nota yang menyatakan semua pelombong yang terperangkap masih hidup.
"Kami semua selamat di dalam kawasan perlindungan," jelas nota yang ditulis dengan menggunakan dakwat merah.
"Ramai antara mereka menunjukkan muka di depan kamera. Kami boleh melihat reaksi gembira dan harapan di mata mereka," kata Pinera yang mengakui imej-imej itu memberinya keyakinan bahawa insiden itu akan berakhir dengan baik.
Pengarah Pejabat Kecemasan Kebangsaan, Carlos Garcia menyatakan mangsa-mangsa yang terperangkap itu memiliki sedikit air. Dalam tempoh beberapa jam, mereka akan menerima bekalan makanan dan air yang perlu diagihkan-agihkan dengan penuh kebijaksanaan.
Sanak saudara para pelombong itu juga akan dibenarkan untuk berhubung menerusi kabel tidak lama lagi.
Sebaik sahaja berita mereka terselamat selepas 17 hari terperangkap, pengguna jalan raya membunyikan hon kereta masing-masing. Sementara itu ribuan penduduk berkumpul di bandar-bandar lain untuk meraikan berita tersebut selain mengibarkan bendera Chile. - AFP
agak2 korang...semua pelombong tu makan ape r dalam tu..giler r amik masa 4bulan untuk selamatkan semua orang...mau berjanggut tunggu dalam tu...nak mandi pon xleh...aduhh.!!!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)