Home » , , , » PERWATAKAN DARI TARIKH LAHIR..anda yang mana?

PERWATAKAN DARI TARIKH LAHIR..anda yang mana?

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, July 22, 2010 | 4:23 PM

ANDA YANG MANA???


Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif.Namun dengan orang-orang tertentu 
dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu 
menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya.Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap 
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis 
semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih 
mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah 
persahabatan yang telah terjalin lama. 


Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30 
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka 
tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. 
Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya.
Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk 
urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang 
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 


Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29 
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini.
Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan 
yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan. 


Tarikh Lahir pada 4, & 13 
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah 
pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong 
pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak 
suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana 
menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat 
kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 


Tarikh Lahir pada 5 & 17 
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya 
kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu Dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang 
diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.
Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah 
kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 


Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27 
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan 
merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik 
kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak 
pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 


Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31 
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali 
terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan 
sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan 
kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 


Tarikh Lahir pada 8 & 23 
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana.
Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal.
Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah
seorang yang penjimat. Dalam cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 


Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21 
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan
sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & 
tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah 
disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia
merupakan orang yang paling jahat. 


Tarikh Lahir pada 12 & 19 
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya 
sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan 
wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani 
kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan 
cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai. 


Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26 
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang 
kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian 
bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang 
menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil 
berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 


Tarikh Lahir pada 22 & 25 
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia 
dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai 
situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan 
jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.   


P/S ::XPAYAH LA PERCAYA SANGAT...JUZ SERONOK2..KALAU BETUL MUNGKIN SATU KEBETULAN...SEGALA2NYA DATANG DARI ALLAH SWT

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

August 22, 2010 at 8:22 PM

mmg buat font kaler putih eyy?

August 23, 2010 at 5:03 AM

@chawyna thanx sbb ingtkan...actuallu baru tukar template....nie la akibatnya...dulu guna template gelap...huhu

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)