Home » , » TERKINI!!POLIS TEMBAK ORANG LAGI...ish!!!

TERKINI!!POLIS TEMBAK ORANG LAGI...ish!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 08, 2010 | 3:29 PM

TAMPIN - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

8 comments

May 8, 2010 at 3:40 PM

hadoi. sesenang je nak tembak orang.. cuba kalau kena kat anak dia ,tengok macam mana. uhuh

May 8, 2010 at 3:46 PM

source cik kak? link?

tengs...

but nak komen sikit....

apehal lak polis nih, kalau dalam story nih.... SUMPAH BANGANG POLIS TUH!!!

SUKASUKI dia je tembak2.... ades....

mamat tuh bawak moto je kot, aq dulu masa zaman2 rempit, kene baling lampu moto je.... xde tembak2 nih...


ades

May 8, 2010 at 4:57 PM

bengsss punye polis. huhu

May 8, 2010 at 5:34 PM

macam2 hal la skarang nie

May 8, 2010 at 5:41 PM

KaiZeN SHiNoBi>>alamk..tadi post express...tlupa nk masuk link...sorry2...tlupa..t aku update....kna check history dulu

May 8, 2010 at 5:42 PM

ika honey bunny>?>haha benngggsssss???=P

May 8, 2010 at 5:43 PM

hanie@nisya >>tue la pasal...macam2

May 8, 2010 at 7:41 PM

Kesilapan yg semakin menjadi-jadi..

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)