first fakta nie sgt panjang...take ur time untuk baca sampai abis dan cuba fahami apa yg ditulis...then buat kesimpulan..tggalkan komen disini...kita nak lihat apa yhg blogger2 faham tentang kes nie...layanzzzz
Al-fatihah…
: Laporan polis sahabat arwah
Pengadu menyatakan:-
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta
kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai
mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang
mengalami masalah motor pancit.
Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah
kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan
AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek
11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal
no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.
Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah
m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian
belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.
Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan
memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar
kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa
menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.
Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11
dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta
menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan
tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL
RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian
belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.
Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang
lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada
anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain
terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.
Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut
lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar
yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
Cerita dari Khalid Samad
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari
Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.
Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah
ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk
sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua
menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.
Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan
mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara
mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.
Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian
yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat
Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.
Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai
salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang
telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan
termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa
berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah
beliau.
Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das
tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah
kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar
terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah,
mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan
berjaya melarikan diri.
Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis
Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa
siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah
dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh
polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu
juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302,
iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.
Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada
di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya
sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang
telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan
memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut
untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.
Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya
kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk
mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya
berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana
dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran
dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.
Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu,
berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen
11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan
sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”
Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu
bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu
bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil
semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di
Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari
seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.
Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s
corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di
situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa
kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada
motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan
dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar
kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.
Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah
memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus
membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan
dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan
Istana Kayangan.
Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki
simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba
kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar
telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak
sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke
kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.
Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala
berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar
dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah
dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat
melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik
sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus
melarikan diri.
Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari
mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata
abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya
sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus
meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali.
Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan
mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.
Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis.
Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya
sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk
mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya
bertemu pegawai yang bertugas.
Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak
orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang
lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan
YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji
akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30
pagi di mahkamah Shah Alam.
Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya
kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku.
Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya,
saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai
datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.
Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya.
Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-
1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau
dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah
telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur
kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga
kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu
diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah
untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta
Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk
melindungi anggotanya.
Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini.
Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam
tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi
masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.
Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes
yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi
kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.
Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan
sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama
orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.
Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD
Home »
BUDAK 15 TAHUN DITEMBAK
,
FACT
»
TERKINI!!KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI PADA MALAM ADIK AMINULRASYID DITEMBAK
TERKINI!!KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI PADA MALAM ADIK AMINULRASYID DITEMBAK
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 07, 2010 | 3:27 PM
Related Posts : BUDAK 15 TAHUN DITEMBAK,
FACT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
TERKINI
(173)
ARTIS
(116)
TIPS BERGUNA UNTUK ANDA
(85)
DEDAH
(74)
FACT
(70)
DIARY
(69)
politik
(69)
INFO
(66)
Video
(65)
BERITA SUKAN
(63)
GOSIP TERKINI
(44)
HIBURAN
(44)
RENUNGAN
(38)
DESIGN
(35)
BLOG REVIEW
(33)
PRODUCT REVIEW
(32)
PENDIDIKAN
(29)
PANDUAN
(28)
tutorial
(27)
MAKLUMAN
(26)
TIPS BLOGGING
(21)
EVENT
(20)
Gadget
(17)
AGAMA
(15)
PERMOHONAN
(15)
HEADER DESIGN
(12)
CINTA
(11)
STATISTIK BLOG
(6)
SITEMAP
(1)
10 comments
.al-fatihah
.kesian pd mangsa
Allah sahaja yang mengetahui.
kejadian sebenar agak menakutkan. Polis menembak di kepala. huh!
jom komen lut cahaya di blog saya. :)
Allah sahaja yang mengetahui.
kejadian sebenar agak menakutkan. Polis menembak di kepala. huh!
jom komen lut cahaya di blog saya. :)
tak suka nak salahkan sesape. smue manusia tak sempurna
:) dapat dr mana laporan ni ?
moga moga roh Amirul Rashid di tempat tempat org beriman :)
al fatihah ^_^
p/s; dasyat jugak ni. seram aih :) tp menarikkk :)
ツhʋƨиα ツ >>dapat dari kawan..=)
hanie>>yerpp thats rght...kita tggu keputusan mahkamah tgk sape yg salah=)
cik intan>>alfatihah...............
BalqisShafiqa>>tue la...ngeri jgk la sbb kna kpala.
macam mana bdk yg br berumur 15 thn boleh bwk kete sendiri?...naper org tua dia boleh izinkan dia bwk kete tu sdgkan bdk yg berumur 15 thn xder lesen...jgn mudah salahkan org lain...pikir kesilapan diri sendiri...sbb tu negara ni ada undang2 tuk elak benda2 camni terjadi...sedangkan nk amik lesen motor pun tunggu umur cukup 16 thn...inikan pula bdk 15 thn...pandu kete?...pikir2 la sendiri..rakyat malaysia kan bijak2 sumenyer...jgn mudah ikut apa yg didgr....dgr,,pikir dan fahami...
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)