Home » , , , » JUDI SUDAH DIHALALKAN...JOM KTA JUDI JOM!!!

JUDI SUDAH DIHALALKAN...JOM KTA JUDI JOM!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 07, 2010 | 11:50 AM



agaknya tue la yang akn berlaku kepada semua rakyat Malaysia jika kerajaan yang dikatakan ingin membela nasib rakyat terus ""membela"" nasib rakyatnya..Malaysia sudah mula sedkit demi sedkit mengalami proses transformasi seperti yang telah dialami oleh negara Turki masa pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk...tgk la pak cik tue...pagi raya pon boleh lagi pegi beli nombor..ngekkkk
.
.panas nie...kenapa la kerajaan ada bagi cadangan nk halalkan judi??tolongla...matlamat xmenghalalkan cara..mkin byk sekarang nie orang suka suki menghalalkan apa yang haram...baca la sini


KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.


"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. 

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. 

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya. 

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram. 
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain. 

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. 

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama 




pling xleh blah yng last tu...sebuah kerajaan prihatin katanya...sudah tiba masanya agama Islam disemarakkan kembali dalam hati rakyat Malaysia...aku xmaw tggung dosa sebab orang lain...dosa diri sendiri pon xtertanggung......

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

May 7, 2010 at 1:28 PM

tulah dia, dah tak tahu lagilah bezakan dah mana yang haram dan yang halal. apelah nak jadi ngan dunie skrg ni kan? dunia nak kiamat dah..

May 7, 2010 at 2:36 PM

tue la pasal....suka hati je kn???

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)