Home » , » fahami wanita...sayangi mereka!!

fahami wanita...sayangi mereka!!

Written By Hafiz Rahman on Monday, May 31, 2010 | 7:28 AM

damn!!!!abaikan gambar niee......




CUBA FAHAMI WANITA......


Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah: 
"... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan 
satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. "


Bukanlah maksud saya di sini  bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi 
tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi 
psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang: 


- Cara berkomunikasi 
- Cara berfikir 
- Tahap kepekaan dan perasaan 
- Tanggapan 
- Tindakan dan perbuatan 
- Kaedah mempamerkan kasih sayang 
- Kehendak mempamerkan kasih sayang 
- Kehendak dan pengharapan 
- Cara mempamerkan penghargaan 
- Cara dan tahap pengorbanan 
- Cara dan daya khayalan 
- Daya pengamatan dan konsentrasi 
- Cara dan pengisian doa 


Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan 
pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, 
isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. 
Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran 
apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami 
melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. 


Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau 
kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek 
perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah 
merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. 


Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan 
manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. 
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami. 


Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. 
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! 


Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan 
menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, 
mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. 


Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang 
perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya 
terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel. 


Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej 
dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat. 


Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala 
emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk 
biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, 
agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu. 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

4 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)