Sebuah bas ulang alik dilaporkan terjunam ke dalam gaung di Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur dekat Genting kira kira jam 2.45 petang tadi.
Jumlah kematian dan kecederaan rasmi masih belum dikeluarkan namun dikhuatiri bas yang membawa hampir 49 penumpang tersebut menyebabkan ramai mangsa mati.
Pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan mangsa yang mati dan tersepit dari tempat kejadian.
Terkini dari Berita Harian (33 maut 16 cedera)
Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.
Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.
Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan
sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa beragama Islam yang maut.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)