Kekecohan teruk berlaku pada perlawanan separuh akhir di Kuantan antara Pahang dan Johor Darul Takzim. Kekecohan berlaku apabila kapasiti 40000 penonton yang sepatutnya masuk ke dalam stadium melebihi had sehingga 60000.
"Overcrowd" ini dikatakan disebabkan masalah tiket yang telah dikoyak diguna semula dan masalah ulat tiket.Perlawanan tertangguh hampir sejam sebelum ketua polis daerah mengumumkan keadaan adalah selamat untuk memulakan perlawanan.
Namun beberapa minit kemudian keadaan menjadi bertambah buruk apabila penonton yang berada diluar mula membaling objek ke dalam kawasan penyokong JDT. Pihak pengurusan terpaksa membatalkan dan menunda perlawanan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Tak terkawal pulak...abis tu camner diaorang nak accomodate selebihnya bila perlawanan yang baru...kes naya!
ReplyDelete