Tuesday, January 24, 2012

HafizRahmanPhotography Is Now Available!!

Hye hye KEDAH!! Bye bye Shah Alam. Autopublish entry. Masa entry ni dipublish, aku dah berada dirumah di Kedah. Alhamdulillah masih lagi bernyawa sehingga ke harini untuk menyedut kebaikan didunia untuk dibawa ke akhirat. Dan masih lagi boleh bernafas menyedut udara segar kurniaan Tuhan yang tiada tandingannya. Amboih pendahuluan aku bukan main lagi kan? Malam ni,semasa aku type entry ni,  malam last aku kat Shah Alam ni before nak balik ke kampung. Eksaited ni nak balik kampung. Tipu la sapa yang tak rasa happy kan nak balik kg. Itu tak normal. Tiba tiba lagu raya Kepulangan Yang Dinanti by Amansyah bergema dalam kepala aku menambahkan lagi keeksaitedan aku untuk balik. Ohh indahnya~~

Balik kampung bermakna kehidupan aku sebagai blogger tegar pun akan mula la melemau dan melemah sebab di kampung tak ada internet. Tak tau la macammana aku nak menempuh ranjau hidup kesunyian tanpa internet nanti. Tula ada broadband tak mau bayar padan muka. Rumah sewa kat Shah Alam ni takpela guna wifi. Balik kampung nanti memang jadi gila la aku kebosanan.

Mungkin aktiviti berblogging akan dikurangkan selama sebulan aku cuti semester nanti. Nak update pun mungkin 2,3,4,5,6 hari sekali. Bukan 5hari sekali macam sekarang. Itu pun kena taip buat siap siap entry dalam Window Live Writer then ke kedai mamak yg ada wifi, publish. Tapi dalam entry ni aku bukan nak cerita aku offline ke apa ke. Bukan ada orang berminat dan nak ambil tahu sangat pun kan kalau aku tak blogging pun. Just nak cerita pasal blog photography yang aku dah siapkan dalam seminggu lepas. And officially and publicly opened hari ni.

Blog HafizRahmanPhotograpy ni adalah blog kedua selepas HRDESIGN yang mengumpulkn koleksi photo yang aku buat editing sendiri. Kalau di HRDESIGN, ada koleksi design header, tapi di HRPhotography ni cuma photo editing je. Masih dalam proses nak belajar mengedit gambar gambar . Boleh ushar antara koleksi yang dah ada dalam tu.

lain lain available di HafizRahmanPhotography Blog. So ada komen tak gambar gambar di atas dan yang lain lain? Aku tau macam agak buruk je kan aku edit. Masih lagi di peringkat awal lagi.baru belajar dapatkan idea idea menarik ni. hehe. Banyak lagi kena improve.

**selamat bercuti kepada yang sedang bercuti semester. Please do come again dan baca entry lama lama. Banyak info dan maklumat aku dah sediakan dalam blog ni. takut tak terbaca je nanti. Stay tuned and jumpa lagi nanti. Off to KEDAH!!

Gambar Hantu Kanak Kanak Dirakam Dikubur

image

SYDNEY – Seorang wanita, Renee English merakamkan gambar yang menunjukkan dua imej kanak-kanak sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia, lapor akhbarDaily Telegraph semalam.

Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.

gambar kedua dua budak tersebut . Why yang kanan tu nampak scary haa?

Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.

Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.

Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.

Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut.

“Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk.

“Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi,” katanya.

Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.

- Agensi

Laporan asal Dailytelegraph

**memang betul betul real gambar ni. Tapi kita tak tau sebenarnya apa motif wanita ni sebarkan gambar tersebut, Mungkin beliau nak populariti segera. Kan dah berjaya. Satu dunia dah sebarkan .Free free je popular satu dunia. Aku nak try buat jugak la nanti. Tangkap gambar, suruh adik aku jalan kat hujung sana tu. Pastu claim masa tangkap gambar tu betul betul tak ada orang lalu. Just as easy as that nak tipu masyarakat kan?

Serius Ni : Blog Serius Kena Hack

Ini serius ni, Blog Serius Obefiend  kena hack? Betul ke tidak ?.Mungkin ianya satu trolling semata mata atau mungkin memang hackers ni nak try security blog dia ok ke tak.  Tapi kalau dari gaya hackers tersebut meninggalkan kesan, memang betul la Blog Obefiend kena hack . Dalam pesanan yang dipublish pada jam 9.22 pagi tadi, hackers tersebut iaitu -=C0D3BR34K=- meninggalkan pesanan kepada admin . Tapi ada jugak pengomen dalam blog tu yang cakap ini semua konspirasi Obefiend. haha. Dah kena hack pastu kena lagi. Tapi memang betul la dia kena hack:

image

Pesanan hackers tersebut :

image

aku rasa dia bernasib baik sebab hackers ni bukan dari kalangan hackers yang celaka nak merosakkan web seseorang. Cuma nak cuba try test je security blog ni. Obe ni pun bilanya tah dia nak tukar pakai hosting and domain sendiri. Maybe lebih secure dari menggunakan perkhidmatan free. Tapi ni la hackers paling bersopan santun dan beradab aku pernah jumpa . Mungkin dulu dia sekolah pondok kot. Ada kaitan ek?

Dan antara komen yang buat aku nak tergelak.

image

haha ini mesti haters Obe ni.

Sunday, January 22, 2012

Individu Malaysia Paling Kaya Di Dunia Dengan Aset 20 Trillion


image
Anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion), menjadikannya orang terkaya di dunia . Rekod sebelum ini Carlos Slim dari Mexico dengan kekayaannya  RM224.7 bilion dan diikuti oleh Pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Bukti kekayaannya ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang membolehkan  beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.
Katanya lagi  kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dan  beliau mendakwa dia juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Sumber asal – Utusan Malaysia.

Wahh hebat sungguh. Biar betul ada aset peribadi sampai banyak tu?? 5x ganda lagi kaya dari individu paling kaya didunia sekarang ni. Agak agak la nak nipu pun. itu dah campur aset syarikat dah kot tu? Kalau syarikat pun takkan la sampai 20 trillion?Bill Gate pun kalah woi..Entah la nak cakap ape pun tak tahu. Paling tak leh blah dia cakap nak ditabalkan jadi maharaja tu. haha. Tak ke marah puak puak indon tu nanti? Tak pasal pasal rakyat Malaysia kat sana semua kena naik kereta kebal nak ke mana mana . 

Video Serangan Gathering ABU (Asal Bukan UMNO)

Video serangan gathering ABU

Walaupun aku orang Melayu dan for sure aku akan sokong orang bangsa aku sendiri, tapi aku sendiri rasa malu dengan bangsa aku sendiri yang buat hal sampai macam ni. Even Indian community dalam ni pun masih beradab. Aku pun tak faham apasal brader gemuk tu nak buat kuat bajet otai sangat. Siapa dia? Kalau pun perhimpunan ni adalah perhimpunan haram, panggil saja Polis. Tak payah nak kerah mat rempit kampung ikut nak buat kacau sampai macam ni. Kalau dah masuk Youtube, kan ke jadi lain orang fikir. Memalukan dan boleh buat isu racist jadi lebih teruk dinegara ni.

Susah betul kalau ada brader brader gemuk bajet kuat ni. Dulu nak ludah orang

Video: Pemuda UMNO Nak Ludah Mahasiswa Turun Bendera Najib Di Putrajaya

sekarang main baling baling kerusi pulak. BUAT MALU ja..

Brader samseng dan brader ludah~~ kenapa macam sama ja? haha

Budak budak muda tu sebenarnya, bukan nak sangat ambil tau pasal politik bagai ni.Budak budak tu semua nak seronok ja . Jiwa muda memang suka kalau benda benda macam ni. Aku rasa, kalau ada sorang dua gengster India dalam majlis ni, memang teruk gemok ni kena. Dan difahamkan, kejadian ni jadi semasa penduduk lain sedang bersolat. So memang tak ada orang sangat la kan yang nak datang tolong.

Sekarang ni macam ada undang undang baru. Ugut dalam facebook kena tahan. Macam video atas ni tak pe la pulak ek? Rujuk : Penuntut Wanita IPTS Ditahan Ugut Bunuh Najib, Wajar Atau Tidak?

Rosmah Belanja Rm325,000 Untuk Beli Baju – Akhbar Australia

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.


Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).
Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.


Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.
Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.


Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.-Harakahdaily

**Wahh, semakin hebat ye Tok Mah, saya berbangga menjadi rakyat yang mempunyai First Lady macam awak (mata ke atas, tangan ke dada~~haaa) . Hebat ye beliau. Sebelum  ni aku dah buat perkiraan jumlah wang simpanan yang perlu disimpan oleh Rosmah sehari . Boleh rujuk di entry Rosmah Mansur Dimalukan Di Laman Web Antarabangsa , 9gag : Simpan RM 3620 Sehari Untuk Beli CIncin??. Nampaknya ada tambahan sebanyak RM 325000 lagi. So kita terpaksa kira balik la . haha.

Aku kesian sebenarnya dengan Najib. Orang tak suka bini dia, sekali dengan dia orang tak suka. Bukan setakat dia ja, habis semua orang BN terima efeknya. Harapnya semua tu duit simpanan peribadi beliau dan bukan wang yang dimanipulasi. Jika benar ia adalah wang manipulasi atau wang public. Rosmah memang cari nahas besar. Sedangkan ada mereka , rakyat rakyat yang masih memakai baju yang sama untuk beberapa tahun, makan sekali sehari. Bagaimana dengan “isteri pemimpin” boleh berbelanja luar tahap normal seorang wanita “Malaysia” . Kaya kaya kayappp.