Esok 21 Disember 2012, tarikh yang membawa ketakutan kepada segelintir penduduk bumi, semuanya atas dakwaan kiamat akan berlaku. Bencana akan melanda bumi. Tapi hanya Allah yang mengetahui segalanya. Tiada siapa yang tahu bila sebenarnya kiamat akan berlaku hatta malaikat peniup sangkakala sendiri tidak mengetahuinya.
Ketakutan ini sebenarnya banyak didorong oleh cerita 2012 dari Hollywood yang menceritakan bagaimana bumi akan dilanda benca dahsyat pada tarikh tersebut. Diikuti pula dengan beberapa siri cerita yang mengatakan bumi akan bergelap selama 3 hari akibat pertembungan sistem solar yang akan duduk selari. Semuanya tidak dibuktikan sahih dengan bukti saintifik dan hanya bualan mulut ke mulut sahaja.
Blog HafizRahman sendiri beberapa kali pernah mengeluarkan entri berkaitan isu 21 Disember 2012 yang dikatakan tarikh hayat bumi akan berakhir mengikut kalendar Mayan. Anda boleh rujuk entri entri berikut untuk pembacaan. Sentiasa ingat yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui sesuatu.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)