NASA merekodkan satu lagi peristiwa bersejarah apabila kenderaan angkasa lepas Curiosity selamat mendarat di permukaan planet Marikh pada jam 10.30pm (Pacific time) (1:30 a.m. EDT Monday/0530 GMT) untuk memulakan misi menjelajah marikh selama 2 tahun dan mencari bukti jika ada kehidupan yang pernah wujud di permukaan planet merah tersebut.
Curiosity melepasi waktu kritikal pendaratan selama 7 minit yang akan menentukan sama ada misi ini berjaya atau tidak yang dipanggil "7 Minutes of Terror" . Sejurus selepas mendarat, Curiosity menghantar isyarat gambar kepada bumi menunjukkan bayangan roda kenderaan bersaiz kereta normal tersebut dan diraikan oleh semua tenaga kerja yang bertungkus lumus selama ini untuk saat manis tersebut.
Kos projek yang diberi nama Mars Science Laboratory ini menelan belanja hampir 2.5 billion dan perancangan dibuat selama 14tahun untuk menjayakannya.
gambar pertama yang dihantar oleh Curiosity
Perjalanan probe ini dari bumi mengambil masa selama 8 bulan dan menempuh perjalanan sejauh 350juta kilometer merentasi ruang angkasa diantara bumi dan marikh sebelum masuk ke atmosfera marikh untuk membuat pendaratan yang dikatakan antara terhebat pernah dilakukan oleh NASA.
Saksikan visual pendaratan Curiosity dan apa sebenarnya yang akan dilakukan oleh kenderaan ini di sana.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)