Hari raya Aidilfitri akan menjelma sehari saja lagi. Semua orang sibuk membuat perancangan . Tak kurang juga yang sudah bertolak balik ke kampung halaman masing masing untuk menyambut lebaran bersama keluarga tersayang. Dalam keseronokan balik beraya, seharusnya aspek keselamatan adalah perkara utama yang perlu diutamakan dan diambil berat. Jangan ambil mudah dengan keselamatan anda dan keluarga hanya kerana ingin sampai cepat ke kampung. Semestinya kita tak mahu lebaran kali ini disambut dengan tangisan oleh keluarga. Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips selamat balik kampung dan tips mengelakkan kemalangan dalam perjalanan balik kampung dari blog Denaihati
- Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.
- Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.
- Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.
- Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.
- Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.
- Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.
Selamat pulang ke kampung halaman dalam keadaan selamat, Semoga anda selamat sampai untuk bertemu sanak saudara dan keluarga untuk menyambut lebaran kali ini dalam suasana penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin dari BlogHafizRahman
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)