Friday, August 10, 2012

Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Bertudung

image

Sebelum ini, kami pernah paparkan artikel berkaitan pelakon Sharifah Sofia yang kini berhijrah dan berhijab di artikel Gambar Sharifah Sofia Kini Mula Bertudung .

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pekerja sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.

“Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia merujuk semula dengan membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.

“Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini ‘kosong’ tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

“Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

“Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni.

 

**Mungkin ini satu petunjuk dari Allah untuk menghalang kemungkaran kepada beliau. Alhamdulillah kerana beliau dipelihara.

MystarOnline

2 comments:

  1. daripada pergi tempat mcm gitu gi masjid ke atau hadiri kuliah agama kan bagus,tak salah kalau kena halau ada kebaikan nye jugak.

    ReplyDelete
  2. ntah. yang gatai g tempat penuh kemaksiatan tu buat ape. bukan setakat yg pakai tudung je yang tak pakai tudung pun tak wajar pergi kesitu. bertudung lah kerana takut Allah bukan kerana terikut2 dengan orang lain atau pun untuk cantik semata2. memang elok pun dihalau. rasanya itu lebih baik. tengok yang halau tu pun agaknya fikir orang baik2 tak elok ada kat situ. tapi diri sendiri tak mau pk sebelum buat. pelik tul la

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comment Here..=)