Jika sebelum ini ada spekulasi tentang pelakon dan pengacara yang baru melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu, Irma Hasmie yang dikatakan mengandung, tetapi kini ia telah disahkan sendiri oleh tuan empunya badan.
“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu”
“Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya”
Tahniah kami ucapkan kepada Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah Azmeer yang bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Subur sungguh. hehe
Tahniah!!
ReplyDeletetahniah....semoga bertambah2 comeyyy dan baby sihat alhamdulillah
ReplyDeletetahniah kpd Irma & Redza ...semoga mendpt keberkatan dr Ilahi...aminnnn