Monday, August 27, 2012

10 Entri Terbaik Denaihati

logo-kecil

Assalamualaikum, segala puji bagi Allah , Tuhan semesta Alam. Semoga kita mendapat naungan dan keberkatan dari Allah sentiasa Salam lebaran yang masih menaungi kita dibulan kemenangan yang berkat ini. Sudah 7 hari Ramadhan yang mulia pergi meninggalkan kita. Entah akan ketemu lagi atau tidak ditahun depan, hanya Allah SWT yang maha mengetahui .

Untuk entry kali ini, aku akan senaraikan 10 entry terbaik dari Blogger terbaik Malaysia iaitu Denaihati.com. Jika anda seorang blogger, pasti anda tahu dan pernah mendengar nama Denaihati.com. Alhamdulillah sempena aidilfitri ini Denaihati sekali lagi bermurah hati untuk memberi bonus kepada pengunjung dan pelawat yang sekian lama menyokong Denaihati.com. Aku ambil peluang menyertai jugak contest ini. Kalau ada rezeki , boleh menang. Tuah manusia tak siapa tahu bukan?  Semoga Bos Besar Denaihati, Tuan Haji Amir Hassan sentiasa dimurahkan rezeki dari Tuhan. Hidupkan Untuk Memberi.

Ok berbalik kepada tujuan asal entry ini dihasilkan. Untuk kategori, semestinya aku nak memilih kategori SEO yang berada di blog Denaihati sebab aku salah seorang blogger yang banyak bermain dengan SEO untuk menarik trafik ke blog ini. Dan Denaihati adalah salah satu sumber paling berguna kepada mereka yang ingin belajar apa sebenarnya SEO dan bagaimana untuk berjaya dalam SEO seperti Denaihati . Aku sendiri hampir setiap hari akan melawat Denaihati untuk belajar dari sana jika ada kelapangan . Dan untuk entry entry tips dalam kategori SEO, kebanyakannya ditulis oleh Ariffshah , salah seorang blogger yang berjaya dan antar terhebat dalam dunia SEO di Malaysia.

10 Entry terbaik dibawah kategori SEO yang aku rasa boleh dibukukan sebagai panduan berguna kepada yang lain adalah :

1. Cara Meningkatkan Trafik Blog

-Dalam entry ini disenaraikan 5 tips dan perkara utama yang mesti dilakukan oleh blogger untuk menarik trafik terutamanya organik trafik dari search engine. Dalam entry ini, anda didedahkan dengan perkara terbaik yang harus dilakukan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya yang mampu menarik ribuan pengunjung setiap hari.

2. Menjawab Persoalan Tentang H Tags

-Apa itu H Tags. Aku sendiri dulu pada mulanya tak tahu apa itu H Tags dan apa sebenarnya kegunaannya. Tapi apa yang pasti , blogger blogger SEO sekalian, H Tags satu benda yang anda WAJIB ambil tahu dan bagaimana nak tahu? kena la baca di entry Menjawab Persoalan Tentang H Tags ini. Lengkap dan mudah difahami. Menjawap hampir keseluruhan persoalan tentang H Tags.

3. Tips SEO : Cara buat Link Wheel dalam SEO

-Backlink. Satu perkara penting yang harus dipelajari dan diketahui oleh blogger yang ingin mendalami dunia SEO. Bagaimana membina backlink berkualiti dan membantu populariti blog atau website ? Entry ini ditulis oleh drMaliq.com  sangat sesuai untuk dijadikan panduan mendalami dunia SEO.

4.  Link Popularity tips SEO dari Ariffshah

- Populariti link sangat penting bagi memastikan search engine sentiasa mesra dengan blog atau website anda. Semestinya kita nak entry yang dihasilkan berada di halaman pertama search page bukan?  Tapi tahukah kita bagaimana link populariti dikira dan bagaimana ianya berfungsi ? Dan bagaimana nak berada di halaman pertama di search engine? Nak tahu , kenalah baca selanjutnya di Link Popularity tips SEO dari Ariffshah .

5. Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro

- Entry ini memang sangat menarik dan perlu dibaca dengan teliti untuk memahami dengan lebih mendalam tentang keyword, perkara terpenting dalam dunia SEO. Jika anda gagal menguasai keyword, anda mungkin gagal; dalam dunia SEO. Jadi untuk menjadi master dalam keyword seperti Ariffshah, kenalah belajar. Dimana nak belajar dan faham? Entry ini kan ada.: Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro .

6. Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO?

- Entry ini sangat berguna untuk pengguna wordpress. Blogger boleh abaikan entry ini. Jadi aku nak komen banyak banyak pun tak boleh sebab aku bukan pengguna wordpress. InsyaAllah bulan depan akan tukar ke hosting sendiri. Sekarang pun aku masih gunakan domain blogspot. Bukan sebab tak ada duit nak bertukar domain. Tetapi adalah sebab sebab tertentu. hehe.

7. Rich Snippet – Standard Baru Dalam SEO

- Pelajari rich snippet dimana anda mendapat laman khas dalam Google yang menyenaraikan semua artikel yang ditulis . Menarik bukan? Bagaimana nak buat begitu? Dan yang pastinya, ianya sangat berguna jika anda memang seorang blogger SEO . Dalam entry ini, Ariffshah menyenaraikan cara untuk mendapatkan rich snippet dan apa kelebihnnya kepada peningkatan blog dan website.

8. Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta

- Semakin ramai yang menganjurkan contest berunsur SEO. Dan paling hangat sekarang adalah Eyriqazz vs Denaihati yang memang menjadi keyword hangat masa kini. Satu branding dan kolaborasi yang berjaya oleh dua blogger hebat ini. Apa pula faedah jika anda sebagai penganjur contest berunsur SEO ini? Dan apa faedahnya jika anda menyertai? Entry ini satu entry wajib yang perlu dibukukan.

9. Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk

- Marketing atau pemasaran adalah satu method untuk memasarkan produk di medium tertentu. Dan kini, blog merupakan antara medium paling disukai oleh advertiser untuk memasarkan produk mereka tak kurang juga pengendali blog SEO yang mempunyai kelebihan untuk memastikan produk yang ingin dipasarkan berada di search engine dan mudah dilihat. Aku sendiri memang sangat mengoptimumkan pemasaran produk design aku yang banyak mendapat tempahan design melalui entry Tempah Design Flyers, Bunting, Banner Murah | RM 20 - RM 50 yang berada di first page. Alhamdulillah hasil kerja design sangat lumayan berkat strategi pemasaran . Jadi kalau anda nak tahu penangan SEO dalam memasarkan produk, entry ini wajib anda baca dan entry ini harus dibukukan.

10. Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?

- Akhir sekali, apabila dah berjaya menguasai asas asas dalam SEO, anda kini menuju puncak kejayaan iaitu memastikan entry anda di listkan ditempat pertama Google Search dan menarik organik trafik dari search engine. Berada di temoat pertama bukan perkara mudah lebih lebih lagi kini semakin ramai yang sedang berusaha menjadi “yang pertama” untuk update entry dengan keyword keyword “panas” setiap hari. Jika entry anda berjaya melonjak ke tempat pertama , anda tak seharusnya berpuas hati dengan duduk diam sahaja. Ada yang perlu dibuat. Teruskan bekerja dan berjaya. Apa perlu dilakukan? Sila baca entry Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search? ini.

Okey setakat itu saja 10 senarai entry terbaik dibawah kategori SEO yang terdapat dilaman blog Denaihati.com yang dirasakan perlu untuk dibukukan supaya lebih ramai yang akan mendapat ilmu berguna ini . Semoga entry ini bermanfaat untuk panduan bersama dan bukan hanya sekadar entry untuk penyertaan contest. Sekian.

Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

6 comments:

  1. Panjang lebar penerangan. Selamat Maju Jaya Bro !

    ReplyDelete
  2. moga berjaya
    kalau ada rezeki x kemana :)

    ReplyDelete
  3. all the best, sama-sama kita membaca :)

    ReplyDelete
  4. Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai "Bonus Raya Aidilfitri 2012" dgn entri bertajuk “10 entri terbaik Denaihati”dan semoga berjaya. InsyaAllah keputusan akan diumumkan dlm masa 7hari. Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini dari masa kesemasa.

    ReplyDelete
  5. Very good post. Thanks for sharing.

    Assalamualaikum.
    http://blogerlaptop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Very good post. Thanks for sharing.

    Assalamualaikum.
    http://blogerlaptop.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comment Here..=)