Alhamdulillah setahun sudah berlalu sejak kita meninggalkan bulan penuh kemulilaan iaitu bulan Ramadhan, bulan yang paling ditunggu tunggu oleh setiap umat Islam. Kedatangan Ramadhan ternyata membawa seribu satu kerahmatan dan keberkatan dari Allah dengan bermacam macam kelebihan dijanjikan kepada mereka yang mengambil peluang untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Untuk tahun 2012, bagi menentukan tarikh permulaan puasa atau 1 Ramadhan, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadhan pada tahun ini.
Lokasi lokasi melihat anak bulan belum dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja . Sejurus dikeluarkan, pihak kami akan update berserta jadual berbuka puasa dan imsak seluruh Malaysia. Semoga kedatangan Ramadhan pada tahun ini membawa lebih kebaikan kepada semua umat Islam . InsyaAllah. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Ini lagu kedatangan Ramadhan yang palin admin suka. Lagu terakhir Ustaz Asri Rabbani sebelum allahyarham dipanggil menghadap Illahi
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)