Sunday, July 29, 2012

Fakta Dan Spesifikasi Pingat Sukan Olimpik 2012 London

image

Pingat Emas Olimpik adalah sesuatu yang paling diidamkan oleh semua atlet di seluruh dunia. Memenangi pingat tersebut boleh diumpamakan sebagai "terhebat" di seantero dunia dalam bidang sukan masing masing. Malah negara kita sendiri, Malaysia sehingga kini masih berusaha keras untuk mendapatkan emas sulung Olimpik untuk negara. Pada olimpik London klai ini, Malaysia meletakkan harapan besar kepada Azizul Hasni Awang dan Datuk Lee Chong Wei untuk membawa pulang emas ke Malaysia.

 

Berikut adalah sedikit maklumat dan fakta tentang medal emas Sukan Olimpik London 2012

image

Spesifikasi Medal

  • mempunyai berat 275-400g dengan 85mm diameter dan 7mm tebal
  • Pingat emas dihasilkan dari 92.5% silver dan 1.34 emas dengan selebihnya adalah salutan gangsa. (minimum 6g emas untuk setiap pingat)
  • Pingat perak dihasilkan dari 92.5% silver dan selebihnya adalah gangsa.
  • Pingat gangsa dibuat daripada 97.0% gangsa , 2.5% zinc dan 0.5% tin.

Elemen emas ini datangnya dari supplier rasmi Sukan Olimpik London iaitu Rio Tinto yang kilangnya bertapak di Kennecott Uta Copper Mine berdekatan Salt Lake Ciy , America dan projek Oyu Tolgoidi Mongolia. 

Bagaimana bentuk pingat dipilih?

Pasukan London 2012 Organising Committee (LOCOG) Victory Ceremonies telah bekerjasama dengan British Museum’s Keeper of Coins and Medals, Philip Attwood, untuk mencari sejarah simbolik pingat di Eropah pada temasya Olimpik di sepanjang temasya Olimpik. Lebih 100 design telah dihantar dan dipilih oleh panel yang terdiri daripada of Sir John Sorrel (chair), Sir Mark Jones, Catherine Johnson, Ade Adepitan (deputy chair), Iwona Blazwick OBE, Niccy Hallifax dan Martin Green

Dapatkan Jadual Pungutan Pingat Terkini Sukan Olimpik London 2012 dan tonton Live Streaming Sukan Olimpik 2012 London

1 comment:

  1. gile ahh. klau sume disalut emas. bole dh curik.hahahhaa.

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comment Here..=)