Saturday, June 23, 2012

Gangguan Bekalan Air Sekitar Lembah Klang Akibat Permintaan Melebihi Had


PENGARAH Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som menunjukkan paras penurunan air di Loji Pembersih Sungai Langat, Batu 10, Hulu Langat semalam.

HULU LANGAT – Kira-kira setengah juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya mula berdepan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual akibat penurunan paras air di loji-loji utama ekoran permintaan air melebihi pengeluaran pada musim cuaca panas sekarang.

Peningkatan permintaan air sejak beberapa hari lalu menjangkaui kapasiti pengeluaran di kesemua 34 loji utama sehingga menyebabkan berlaku tekanan air rendah di kawasan terlibat.
Antara kawasan yang awal menghadapi masalah bekalan air akibat masalah tersebut ialah Petaling, Klang dan Hulu Langat.
Ketua Pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi berkata, mengikut rekod, purata permintaan air pada 17 Mei hingga 21 Jun lalu adalah pada kadar 4,329 juta liter sehari berbanding tempoh 1 Januari hingga 16 Mei lalu iaitu pada tahap 4,228 juta liter sehari.
Menurutnya, kesemua loji tersebut hanya mampu menampung 4,371 juta liter sehari.
“Situasi ini telah menyebabkan ke semua loji terbabit beroperasi pada tahap maksimum,” katanya kepada pemberita pada satu sesi taklimat di Loji Pembersih Sungai Langat, Batu 10 di sini semalam.

Sekarang memang musim panas sangat, Kadang kadang panasnya sampai tak tentu hala nak duduk. Aku sendiri selalu terbangun pukul 3-4 pagi dan mandi sebab tak tahan panas sangat. Alhamdulillah petang ni di Shah Alam hujan turun. Kurang sikit haba panas sepanjang hari ni. 

sumber : KOSMO

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)