kemalangan ferrari dan teksi singapura, video kemalangan ferrari singapura, ferrari langgar teksi, gambar kemalangan ferrari dan teksi, ferrari gto 599 kemalangan, ferrari crash into taxi in singapore.
Kejadian yang berlaku malam sabtu lepas di Singapura, sebuah Ferrari yang jarang dilihat dan exclusive , Ferrari 599 GTO telah melanggar sebuah teksi pada kelajuan 180 km/j. Ferrari tersebut melanggar lampu merah dan melanggar sebuah teksi yang membawa pelancong dari Jepun. Malang bagi seorang penunggang motosikal apabila perlanggaran tersebut turut menyebabkan penunggang tersebut cedera parah.
Pemandu Ferrari tersebut, Ma Chi. 31 mati ditempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta dan pasangan wanitanya cedera parah. Manakala pemandu teksi tersebut meninggal dunia di hospital. Penunggang motosikal pula cedera parah dan dirawat di hospital
Untuk rekod, Ferrari GTO 599 hanya dikeluarkan sebanyak 599 buah sahaja diseluruh dunia dan merupakan Ferrari dengan kelajuan tertinggi pernah dihasilkan. Kelajuan maksimumnya mampu mencapai sehingga 320km/h dan mencapai 0-100kmj dalam masa hanya 3.35 saat sahaja. Ramai journalist kereta turut menyatakan bahawa Ferrari GTO 599 juga merupakan antara kereta sport yang paling sukar dikawal.
GAMBAR GAMBAR SEKITAR KAWASAN KEMALANGAN
Video kemalangan tersebut sempat dirakamkan oleh kamera di dalam sebuah teksi . Saksikan
pandu dengan cermat, ingatlah orang yang sentiasa menyayangi anda. Kalau tak sayang nyawa pun, sayangilah kereta yang berharga berjuta juta tu. Limited Edition kot.
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)