Thursday, March 22, 2012

Konsert Twin Towers @ Live 2012 | Info Yang Perlu Anda Tahu!!

22 Mac – Selepas konsert F1 Rocks yang sepatutnya berlangsung sempena F1 Malaysia Grand Prix pada 23 Mac dan 24 Mac menampilkan penyanyi terkenal kelahiran Australia, Kylie Minogue dan penyanyi R&B Kelis dibatalkan, kini penganjur JoJo Events mengambil alih untuk mempersembahkan Twin Towers @ Live 2012.

Konsert percuma selama dua hari untuk orang awam ini yang akan diacara oleh personaliti televisyen, Jojo Struys bakal menyaksikan penyanyi kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan kumpulan wanita K-Pop terkenal, Girls' Generation serta artis tempatan seperti James Baum, Reshmonu dan DJ Nadine membuat persembahan pada 23 Mac.

>>Baca juga : PERSEMBAHAN GIRLS GENERATION (SNSD) DI KONSERT TWIN TOWER @KLCC SECARA PERCUMA<<

Manakala gitaris rock kelahiran Australia, Orianthi dan juga Kelis yang masih dikekalkan akan mengambil alih pentas persembahan bersama Faizal Tahir dan DJ Nikki pada konsert 24 Mac pula yang akan diacarakan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry.

Walaupun konsert ini percuma untuk orang awam, bagi mereka yang ingin mendapatkan dua tiket Zon Peminat (Fan Zone) bolehlah membeli barangan berjumlah RM150 di 2012 Formula 1TM PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase yang diadakan di tingkat bawah Suria KLCC. Manakala empat tiket akan diberikan sekiranya berbelanja sebanyak RM300. Tiket adalah untuk kegunaan kedua-dua hari konsert.

Untuk maklumat, jalan di sekitar lokasi konsert akan ditutup bermula jam 5 petang sehingga 3 pagi pada kedua-dua hari.

Konsert Twin Towers @ Live 2012 dijangka bermula sekitar jam 6.30 petang.

(YAHOO NEWS)

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)