Sunday, January 01, 2012

COUPLE JALAN MUDAH HAMPIRI ZINA?

COUPLE JALAN MUDAH HAMPIRI ZINA?

Artikel menarik ni aku dapat dari facebook . Ada yang mengeshare (betul tah ayat ni? ) cerita ni. Dan kepada pemilik asal, anda boleh claim hakcipta entry ini dibahagian komen dan aku akan masukkan link kepada sumber asal cerita ini. (maaf jika ini plagiat. tapi tak dapat nak cari pemilik asal sebab dah terlalu banyak orang share )

Jadikan situasi ini sebagai iktibar kepada mereka yang sedang hangat bercouple...ketahuilah bahawa bercouple adalah jalan menghampiri zina dan ianya mampu untuk berzina...oleh itu halalkan segera perhubungan anda itu...

Wanita 1 : Betul U sayang I ??

Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.

Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..

Lelaki: I pegang sikit je sayang..

Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
... ... Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..

Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?

Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa.
I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.
Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..

Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?

Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .

Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..

Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..

Wanita 2: Me too sayang..

Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.

Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki: Apa dia sayang?

Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I..
I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..
Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?

Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26)

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)