Friday, January 06, 2012

10 Golongan Lelaki Yang Patut Dijauhi

10 Golongan Lelaki Yang Patut Dijauhi

Entry autopublish : masa entryn ni dipublish, aku sedang berjuang dalam dewan exam. Doakan aku boleh jawap ek. 


Orang kata, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Tapi ada jugak orang yang cakap statement ni tak boleh diterima. Tak sebenarnya, sebab kadang kadang case lelaki jahat dapat perempuan baik tu , Allah dah tentukan sebaiknya. Yang lebih baik membimbing yang kurang. So yang tak baik akan jadi lebih baik satu masa nanti. Allah dah tentukan yang terbaik. Sesuatu yang terjadi tu ada hikmah dan sebab tersendiri yang kita sendiri kadang kadang tak terfikir . Tapi, dalam mencari pasangan hidup yang akan menghabiskan masa bersama, kita kena cari yang betul betul sesuai dan kena pada tempatnya baru lah bahagia. Entry ini untuk wanita dan lelaki. both boleh ambil pengajaran. yang wanita boleh ambil langkah berjaga jaga semasa memilih dan bagi kaum lelaki pulak, kalau anda ada salah satu dari perangai yang disenaraikan, boleh dah kot bawak bawak berubah kepada lebih baik. Antara 10 jenis lelaki yang perlu dijauhi oleh seorang wanita :


image

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?

**BF anda macam ini tak?? heheee

**sebenarnya aku pun tak tahu apa motif aku letak gambar Simon Cowell  macam tu. .


SUMBER : sepiseorangperindu

1 comment:

  1. sebagai lelaki aku pun kna jauhkan diri dari memiliki sifat2 macam ni

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comment Here..=)