Friday, December 23, 2011

Yusri Dan Lisa Surihani Umum Tarikh Nikah Sabtu Ini!

Khabarnya Yusri KRU dan Lisa Surihani sudah mengedarkan jemputan untuk sidang media mengumumkan sesuatu yang “suspen” Sabtu ni. Apa lagi kan kalau dah sidang media mak bapak ada sekali, mesti la nak umumkan tarikh bertunang or bernikah kan? Apapun, tahniah la untuk both of them. Memang sepadan. Cuma Yusri kena la jaga Lisa elok elok sebab sebelum ni dah pernah bercerai dengan Era, so kali ni mungkin kena lebih banyakkan berbincang kalau ada msalah. Damn melepas dah la Lisa . Mentang mentang la Yusri ada Lamborghini, I cuma ada motor buruk ja. Sanggup u lupakan I Lisa…U jangan ingt motor I tak ada guna. Boleh hantar u pegi shooting time jalan jem ok.Kereta Yusri boleh?? Kalau hujan, u pakai la baju hujan I, I basah xpe. … .ohh lisa~~~
PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.
Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.
Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.
klik SINI untuk Order
"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.
Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.
Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.
Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.
Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.


sumber : MstarOnline

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)