Wednesday, November 16, 2011

Amaran Banjir Besar Di Pantai Timur Disember Ini

KUALA LUMPUR - Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi.


Di Kedah masa aku balik raya haritu, dah ada rumah yang dah kena start duduk bersila dah sebab semua sofa , meja segala dah melompat ke tempat tinggi. Preparation untuk banjir. Orang utara pun dah mula buat preparation untuk hadapi banjir. Macammana pulak dengan orang pantai timur? Harap dah bersedia sebab kita tak nak ada kehilangan nyawa dan kerugian harta benda yang besar setiap kali banjir. Apapun kita doakan banjir tak berlaku. Susah tau tak kena banjir. Rumah aku pun kalau kena banjir, mau takat dada naik . Habiss rosak semua barang.

 

kosmo

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)