Saturday, November 12, 2011

Gambar Kemalangan Treler Rempuh Bas Di Behrang

SLIM RIVER – Tarikh 11.11.11 yang ditunggu ramai orang bagi melaksanakan sesuatu perkara penting dalam hidup memberi makna sebaliknya kepada empat mangsa yang terbunuh di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang dekat sini semalam.

Tragedi pukul 4.30 pagi itu amat tragis kerana tiga daripada mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru bercuti di Genting Highlands, Pahang. Mereka sebelum itu terselamat selepas bas terbalik.

Namun kira-kira 10 minit selepas semua peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang bas tersebut yang berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan rombongan yang berada di luar bas.

Akibat rempuhan itu, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim, Kedah, Khairul Anwar Azhan, 15, serta Maysarra Zaidi, 15, dan guru pengiring, Siti Hajar Mohamad, 33, terbunuh.

Seorang lagi yang maut ialah Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45.

Basarah bukan peserta rombongan pelajar sekolah itu tetapi dia menyertai rombongan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar yang menaiki sebuah bas lain yang berhenti kira-kira 10 meter dari bas yang terbalik semata-mata untuk memberi bantuan kepada mangsa bas terbalik itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, Khairul Anwar, Maysarra dan Basarah maut di tempat kejadian manakala Siti Hajar mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).

Menurut beliau, tujuh penumpang bas rombongan pelajar itu cedera parah. Mereka yang cedera parah dihantar ke HSR dan Hospital Teluk Intan.

Aku baru bertolak dari Kedah ke Shah Alam pagi tadi. Risau la pulak naik bas sekarang ni. Dah la aku nbaik double deck tadi. Tapi ok la sebab siang. Sekarang ni better kalau nak jalan jauh ambil bas siang . Jangan malam sebab pemandu tu pun manusia dan kita tak tahu dia macammana. Pengalaman 40 tahun bawak bas sekalipun, kalau dia dah ngntuk memang akan terlelap jugak. Kita tak tahu bahaya yang mendatang. So ada baiknya kita berusaha menjauhi. Alfatihah untuk semua nyawa yang terkorban dalam kemalangan ni.

 

 

sumber

http://panggungopera.blogspot.com/2011/11/anggota-bersepai-treler-pasir-langgar.html

http://melayukini.net/2011/11/gambar-kemalangan-bas-dan-trailer-4-mati-27-parah-di-behrang-3-foto/

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)