ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2011
Semakan Keputusan UPSR Secara SMS dan Online
Pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.
Jumlah calon yang memperoleh semua A dalam matapelajaran adalah sebanyak 46012 . Namun pencapaian ini menurun daripada 10.02 peratus pada tahun 2010 kepada 9.48 peratus pada tahun ini.
Untuk analisis lengkap ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) bagi tahun 2011, anda boleh klik pautan yang disediakan dibawah :
atau anda boleh terus download TEKS PENUH PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011 . Klik pada button download dibawah
SUMBER : DahliaJournal dan Pendekar Berkuda
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)