Apa salah sekujur tubuh kecil ini? betapa kejam manusia sampai sanggup buat perkara terkutuk dan keji macam ni. tak terbayang dalam fikiran waras kita untuk benda macam ni akan jadi. Ini binatang bukan manusia. Binatang pun takkan buat anak macam ni. Astaghfirullah.
GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.
Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.
Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.
Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.
Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.
WAJAH PEREMPUAN “LAHANAT” yang sanggup campak bayi dari tingkat 2 bangunan. Memang tak guna punya perempuan. Baik mati je dari hidup di dunia ni.
VIDEO MAYAT BAYI DICAMPAK DARI TINGKAT DUA
# dah tak tahu dah apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni. Segala macam jenis benda pelik yang tak pernah jadi dan tak pernah kita fikir akan jadi, dah jadi kenyataan . Benda benda diluar fikiran akal manusia dah berlambak lambak jadi. Persoalannya, adakah segelintir manusia zaman sekarang adalah “manusia”?? Fikir fikirkan.
sumber : Mymetro
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)