ENTRY INI DICOPY PASTE 100% dari salah seorang blogger merangkap kawan seperjuangan aku iaitu saudari Mahfuzah Husna Zulkifli. Terasa terpanggil untuk berkongsi jugak artikel ni.Sekurang kurangnya yang belum membaca di ablog beliau, ada peluang untuk baca disini. So baca bagi habis terutama kepada wanita wanita diluar sana.
Assalamualaikum w.r.t
Terpanggil untuk membuat entry ini selepas membaca sebuah majalah kesihatan. Sedih melihat gambar sebelum dan selepas berjaya menurunkan berat badan melalui penggunaan produk-produk tertentu. Baca selanjutnya:
Saya sebenarnya rasa gembira apabila melihat ramai sudah mengambil berat tentang kesihatan masing-masing. Berusaha gigih untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat adalah suatu perkara yang patut diambil kira. (bukan dengan cara merokok, mengambil dadah dan segala jenis ubatan yang terlarang etc). Tetapi pada masa yang sama timbul rasa sedih bila melihatkan perubahan yang berlaku kepada kaum hawa sekarang.
Mungkin ada hikmah anda berbadan besar kerana dengan itu anda akan menutup aurat dengan lebih baik berbanding jika anda sudah berbadan langsing.
Jangan melenting ya? Tegurlah saya sekiranya saya salah. Memerhatikan keadaan disekeliling dan juga pada media cetak dan elektronik, jelas terpapar perubahan yang berlaku dari segi pemakaian (bukan semua wanita). Malah, busana muslimah sekarang boleh dikira dengan jari, yang mana satu yang betul-betul mengikut syariat.
Dahulu ketika masih berbadan gempal, si gadis manis memakai tudung membaluti kepala dan menutup kemas bahagian dada. Tetapi sekarang apabila sudah langsing, sudah mula menjinakkan diri dengan memakai pakaian yang lebih ketat. Tudung pula sekadar "syarat" yakni menutup kepala, dada pula diabaikan. Kononnya trend sekarang, lebih moden dan menarik.
Apa fungsi memakai blouse yang labuh tetapi memakai pula "singlet" berwarna-warni di luar, menampakkan pula susuk tubuh yang sudah semakin cantik. Tambahan pula dikatakan dengan memakai "belt" mampu menaikkan seri walaupun baju yang dipakai tersangat ringkas. Tudung pula dipendekkan, leher dinampakkan malah mengupload gambar-gambar terkini di internet untuk tontonan umum.
Saya rasa sedih dan malu apabila melihat mata golongan lelaki liar memerhatikan dada dan pinggul wanita yang sedang asyik berjalan dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan. Tidak sedarkah mereka bahawasanya mereka telah mengutip dosa secara sengaja dan tidak sengaja.
Saya ambil contoh di restoran saja sudah memadai. Ketika itu saya sedang memesan roti canai untuk dibawa pulang. Pada masa yang sama ada seorang gadis yang memakai baju yang "cukup-cukup makan" dan bertudung tetapi menampakkan dada serta pinggul sedang berjalan keluar dari restoran tersebut. Penebar roti canai yang berada di hadapan saya tanpa segan silu memandang pinggul perempuan tersebut dari mula hingga habis. Kepalanya terpusing sehingga 180 darjah ke kanan melirik ke arah yang tidak sepatut dilihatnya. Mukanya tersenyum nakal. Sedih bukan? Pulang ke rumah saya memaksa diri untuk habiskan juga memakan roti canai tersebut kerana sudah hilang selera!
Jadi, kepada sahabat sekalian, tutuplah bahagian yang tidak patut kamu tayangkan kepada orang ramai. Peganglah perumpamaan di bawah (mana satu yang akan kamu pilih):
1- Botol minuman yang sudah hilang penutupnya atau botol minuman yang belum dibuka penutupnya?
2- Gula-gula yang pembalutnya sudah dibuka dan boleh dihinggapi lalat serta debu atau gula-gula yang masih berbalut kemas, bersih dan elok keadaannya?
3- Buah yang sudah dikupas kulitnya dan dibiar terdedah semalaman atau buah yang masih elok isinya dan belum dikupas serta disimpan elok dalam peti ais?
boleh la LIKE kalau suka dengan entry ni…
Sumber Artikel : Mahfuzah Husna
thanks for sharing this article..peringatan buat diri sy sendiri huhu
ReplyDeletegood article. definitely agree with it. but tak bermaksud sy perfect. peringatan utk semua, termasuk myself. thanks for sharing
ReplyDeletenice...thanks for sharing :)
ReplyDelete