KUALA LUMPUR, 5 Feb — Penerbangan sulung dari Jeddah membawa pulang kira-kira 400 pelajar Malaysia di Mesir akan tiba di tanah air pagi Isnin ini dengan menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS).
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail berkata setelah penerbangan terpaksa ditunda kerana masalah teknikal, pesawat MAS itu dijangka tiba kira-kira 9 pagi waktu Malaysia.
Beliau berkata pelajar lain juga akan dibawa pulang ke Malaysia secara berperingkat dengan MAS berbanding perancangan awal menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Kita dah dapat khidmat MAS... mereka akan menyediakan pesawat yang lebih besar bagi menampung jumlah pelajar yang ramai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Shahlan berkata, setakat ini seramai 4,914 pelajar telah berjaya dipindahkan ke Jeddah dari Kaherah.
Hari ini, sebanyak lapan pesawat iaitu dua pesawat MAS, tiga pesawat Charlie C130 TUDM dan tiga pesawat AirAsia akan digunakan untuk membawa pelajar berkenaan dari Kaherah ke Jeddah, katanya. — Bernama
sumber : malaysianinsider
No comments:
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)