Thursday, February 10, 2011

Dengan Rasminya Blog HafizRahman Ditutup!!

Dah lebih kurang setahun setengah aku dah berblogging. Macam macam jenis manusia dah aku jumpa dalam dunia ni. Dan dah bermacam macam jenis perangai jugak yang aku dah biasa tengok. Wateva it is itu semua terpulang pada diri masing masing

Dunia blogging lebih kepada mengekpresikan sesuatu yang ada dalam diri kepada sesuatu yang lebih bermakna untuk dikongsi bersama orang lain. Nak bercakap senang. Nak bohong lagi senang. tapi nak zahirkan semua dalam bentuk penulisan bukan benda yang senang. So bagi aku semua blogger adalah golongan yang hebat sebab dapat buat penulisan yang mampu buat orang lain rasa tersenyum bila membaca.

mulanya pada awal aku berblogging dulu , aku ingat lagi . Semangat sungguh aku nak make up blog aku. Setiap hari aku akan ubah semua widget yang ada di sidebar tu. Tapi masa tu belum pandai coding lagi so add gadget je la keja aku. Pantang nampak gadget cantik sikit semua nak sepak masuk dalam blog ni haa. Tak kira dah berat ke tak yang penting cantik. Bayangkan aku boleh mengadap 3,4 jam semata-mata nak buat benda benda tu ja. kalau 3,4 jam tu aku buat entry pun dah boleh 10 dah rasanya.

Tapi skarang dah pandai sikit dah. dah cerdik dah. Cuma coding apa yang patut bila ada masa ja. And cuma letak benda yang aku rasa patut ja.Sekarang dah lebih tumpukan pada buat entry. Kalau internet off pun aku akan buat dalam Window Live and save dulu. Dah ada masa yang sesuai baru publish kan. Bercakap berkenaan patut ni. Aku nak bagitau satu rahsia. Cuba tengok bahagian Ad Baner tu. Ada banner from intan,ayeem,shara and cik epal. Sebenarnya bukan aku saja saja nak letak tu tapi sebenarny setiap hari bila aku check balik tak tau sebab apa banyak sangat visitor yang datang referal dari situ. So its my profit la kan dapat visitor free free je.Aku tau korang tak maunye tau tapi aku nak jugak bagitau.haha

And sepanjang berblogging ni jugak , ramai kawan baru yang lebih memahami yang aku kenal. Kadang-kadang kawan yang ada depan mata kepala kita hari hari pun bukan boleh faham pun sebenarnya apa yang kita nak. Tapi bukan la semua. Nanti member aku baca entry ni merajuk la pulak. Some of them ja.haha. Sambung. And most of kawan blogging ni aku tak pernah jumpa but some of them walaupun tak pernah jumpa tapi boleh bersembang berkawan macam dah 100 tahun dah kenal.

Itu cerita kawan. Cerita musuh pun ada. Tapi tak musuh sangat la. Setakat gaduh sikit sikit pasal aku buat entry yang diorang tak puas hati . So bila dia tak puas hati memang aku kena tembak dengan senapang gajah balik la. Tembak balik la ape susah kan?ahaha.shot

Bektudetopik la plak kan. Dah bebel banyak je wth plak nanti korang cakap kat aku ni pot pet pot pet.Tajuk tu betul la pasal lepas ni kau memang dah tak ada dah. Dah tak blogging dah dengan korang . Dah tak merapu rapu semakkan dashboard follower aku dah. Dah tak naik dekat blog yang link blog aku dah.Sedih pulak tetiba.Emo!!deymit

Ok la korang. Bila-bila ada masa kita jumpa lagi ok. Itupun kalau aku ada mood lagi nak berblogging disini.


Dengan Rasminya Blog HafizRahman Ditutup!! …….Selama 3hari sampai sabtu je..hahahhahhahaa..


aku kena handle kem untuk budak budak baru la sampai sabtu. Biasa la semester aku memang dipenuhi dengan kem yang perlu aku handle. Nanti aku cita pasal kem ni kat sini okeh…

haha sorry la kalau korang rasa terkena Entry Hangit (cilok segmen bro Eyriqazz sikit) sebab baca sampai habis. Lukenabeb.tenten. hahahahah….rgedik mesti ada yang rasa nak bunuh aku tikam2 perut sampai mampos kan.?hhahahatikam



ASSALAMUALAIKUM!!! kwin

24 comments:

  1. macam nak boh peyepak dari alor star terus sampai SP . bencii ! dammit suka pekena owg dya ney ! haiihh sabar jela

    ReplyDelete
  2. mmg hangit la....klu x bca smpi habis...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,

    rasa nak tembak jer dengan peluru buah pelepung bagi gatai satu badan...

    pandai buat publisiti...

    ReplyDelete
  4. hampeh. aku ingat nak tutup betul. nak je aku mintak ko buat surat wasiat utk wariskan BE dan duit yang tak cashout lagi ke acc aku hahaha

    Terbaru > Drama Bersiri TV3 - Gemilang > Sahabat Blogger Dah Macam Twitter? >Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com

    ReplyDelete
  5. brader... camna dptkan link tu? xphm ler...ajaq sket aih

    ReplyDelete
  6. yang ttg banner tuh... camne nk buat erk...

    ReplyDelete
  7. lama tu 3 hari.. lama x? hee
    cik epalnye blog sempoi kan

    ReplyDelete
  8. hahaha..cesss..ingat btol2 nk tutup..br ingat nk folo.. jom folo balik

    ReplyDelete
  9. gebang lebih..hahaha..

    enjoy ur life..=p

    ReplyDelete
  10. hahahahahaha~ semangat bc.. rupa2 nya hanyalah tipuan semata2.. huk3~ T__T

    ReplyDelete
  11. hafiz nie bikin suspen lah. jahat ! hahaha
    hantaq hantu ayam baru taw. :P

    ReplyDelete
  12. @shahjiehan sebenarnya aku pon tak tau bro..dia mcm automatik je

    ReplyDelete

Kindly Leave Your Comment Here..=)