Sunday, November 08, 2009

SEBUAH MEMORI GILA....


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya

dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika

nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama

molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali

perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin,

kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan

pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama

Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya

percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah

mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak

lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia

menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah

secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku

menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu

memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah

keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku

bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,

apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi fungsi setelah aku

tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-

set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di

dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai

sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas

helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu

mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang

angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak

dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak

diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual

dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.

Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih

cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu

yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi

hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar

mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai

tanda aku tidak bersalah.

Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah

kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga

kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.

aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau

timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan

yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak

dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai

bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara

Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya

digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu

berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku

sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku

bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga

bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari

kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak

perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang

ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan

dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku

cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun

berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan

kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO,

selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan

Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari

terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia

belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang

elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti,

aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)