Friday, March 01, 2013

Terkini DI Lahad Datu: Tembak Menembak , 10 Mati 4 cedera

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.

Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan  wartawan berkenaan.

Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

source

Sebuah akhbar Filipina memetik:

Dalam satu lg kenyataan menyebut:

Kumpulan penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.

"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.

"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak niat untuk menyerah diri.

Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi amaran terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi beliau berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga keadaan itu diselesaikan."

Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa kumpulannya yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah - tidak berniat untuk mencetuskan konflik.

Mengenai bekalan makanan untuk kumpulannya, Azzimudie berkata kepungan ketat pasukan tentera sekitar Kampung Tanduo telah dihalang penghantaran makanan menyampaikan, sambil menambah: "Kami, rakyat Suluk, sudah biasa hidup dalam hutan".

**Bacas juga dilaman berikut untuk mengetahui isu ini :

JALAN PULANG

**UPDATE TERKINI :

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina – Bernama


Doakan keselamatan perajurit negara kita yang terlibat sentiasa dilindungi .

**and still, Malaysian government and public force cover up things saying nothing happen. Tak faham aku.

Thursday, February 28, 2013

Jambatan / Flyover Runtuh Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu.

sumber

Gambar-Jambatan-Runtuh-Sebelum-Ke-Tol-Putrajaya-1

Gambar-Jambatan-Runtuh-Sebelum-Ke-Tol-Putrajaya-2

Tuesday, February 26, 2013

Tips Kecantikan Wajah Lelaki

Slendertone

Menjaga kecantikan selalunya sinomin dengan golongan wanita, namun golongan lelaki zaman kini juga tidak mahu ketinggalan dalam menjaga kulit wajah yang merupakan aset mereka.


Penjagaan kulit wajah ini amat penting agar kelihatan segar sentiasa. Jadi, di sini terdapat beberapa tip yang boleh membantu untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa sebarang cela.


Membersih
Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan, tetapi anda harus mengenali kulit wajah anda. Kulit lelaki berbeza dari kulit wanita kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif. Jangan sesekali membersihkan wajah anda dengan menggunakan sabun buku badan kerana ini akan menyebabkan kulit wajah semakin kering. Minyak yang terdapat di muka amat bagus tetapi jika dibiarkan berlebihan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan gejala jerawat. Sekurang-kurangnya, basuhlah wajah anda menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun hanya sekali dalam sehari.


Scrub
Rajin-rajinkan diri anda menggunakan scrub di muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika anda konsisten, anda pasti dapat melihat kesannya di wajah.


Pelembab
Amalan bercukur pada setiap hari bakal menyebabkan kulit wajah anda semakin kering kerana wajah kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit. Oleh itu, penggunaan pelembap di wajah amatlah digalakkan bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah anda. Kesannya, tiada lagi kesan sel-sel kulit mati yang kelihatan di muka.


Lingkaran bawah mata
Tahukah anda golongan lelaki mudah mendapat lingkaran di bawah mata kerana tekanan harian? Kekurangan penjagaan di sekitar kawasan ini akan membuatkan kedut-kedut mula kelihatan lebih cepat dari tempoh sepatutnya. Penggunaan krim mata yang sesuai mampu mengurangkan lebam di bawah mata.

SUMBER

Monday, February 25, 2013

Download Manifesto Pilihan Raya Umum (PRU13) Pakatan Rakyat

Menjelang pilihanraya umum ke 13 –PRU13 yang masih samar bila akan diadakan, pastinya kedua dua pihak , kerajaan dan pembangkang akan mula bekerja keras meyakinkan rakyat supaya mengundi mereka. Kerajaan punya kelebihan mereka sendiri dengan mendominasi media media utama di Malaysia manakala pakatan pula terus berjaya masuk ke dalam hati golongan muda melalui media masa dan social . Pakatan dilihat lebih mampu menyampaikan mesej kepada golongan bandar yang fikirannya lebih terbuka dalam memahami dan menerima apa yang disifatkan rasional dan bukannya seperti yang cuba dilakukan oleh kerajaan dengan lebih banyak menabur fitnah dan mengapi apikan sentimen agama dan perkauman.

Kini Pakatan Rakyat mengorak langkah lebih awal dengan mengeluarkan manifesto pilihanraya lebih awal dari Barisan Nasional dan ini dilihat mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk rakyat lebih memahami tujuan dan idea pembaharuan yang akan dibawa jika mereka menawan Putrajaya pada kali ini. Kepada anda yang ingin mendapatkan manifeso Pilihanraya Pakatan Rakyat, sila klik pada mana mana pautan dibawah:

Tajuk :

THE PEOPLE'S MANIFESTO
THE PEOPLE'S PACT
THE PEOPLE'S HOPE

Download link:

BAHASA MELAYU

BAHASA ENGLISH

BAHASA MANDARIN

BAHASA TAMIL

BAHASA IBAN :