Saturday, February 16, 2013

Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia


Allahyarham Kuswadinata semasa zaman mudanya. 

Pelakon veteran Kuswadinata, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 5.07 petang tadi dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

“Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

“Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak,” ujarnya.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.


** semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang beriman. Negara kehilangan seorang lagi insan seni yang tiada galang gantinya. Pasti nama dan jasanya kepada industri seni tanah air tidak akan dilupakan. 


Gempar Wanita Mati Jatuh Dari Tingkat 6 Berjaya Time Square

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pengunjung di Times Square di sini gempar apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat enam kompleks tersebut di sini hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi ini, Choo Czek Yeng, 36, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Sementara itu, seorang saksi (lelaki) yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian itu, kira-kira 10 pagi, wanita berkenaan dilihat berdiri di bahagian penghadang tingkat enam pusat beli-belah tersebut.

Friday, February 15, 2013

Remaja 13 Tahun Ditangkap Khalwat Dengan Gadis 20 Tahun

image

KUALA  LUMPUR: “Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

**Apa yang peliknya, bagi alasan tak ada duit nak balik , tapi ada duit nak sewa hotel bajet. Kantoi disitu.

Saksikan video dibawah:

Sumber: ilustrasiaku

Video Tahi Bintang Terhempas Di Rusia – 400 Cedera

YEKATERINBURG/CHELYABINSK – Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api  menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta.

Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg.

Berikut adalah beberapa siri video yang sempat dirakam semasa tahi bintang tersebut melintasi langit di kawasan kejadian.