Monday, January 07, 2013

5 Gambar Dan Spesifikasi Samsung Galaxy S4

Samsng khabarnya akan mengeluarkan keluaran canggih dan terbaru mereka menjelang Februari 2013 nanti untuk memastikan keluaran terbaru iPhone 5 tidak memberikan impak jualan terhadap mereka . Selepas kejayaan mengeluarkan Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Note 2, kini syarikat gergasi dari Korea ini dikatakan mula bersiap sedia untuk pelancaran besar besaran Samsung Galaxy S4 yang pastinya akan menjadi buah mulut ramai .

Prototaip atau model Samsung Galaxy S4 khabarnya telah bocor di internet dan terdapat beberapa siri model yang dikatakan sebagai Samsung Galaxy S4 yang akan dikeluarkan menjelang Februari ini.

Samsung Galaxy S4 akan mempunyai fungsi quad-core processor dan akan mendukung fungsi Samsung’s Exynos processor atau Qualcomm’s Snapdragon.

Samsung-Galaxy-S-IV

Samsung-Galaxy-S4 (1) samsung-galaxy-S4 samsung-galaxy-s4-release-price SamsungGalaxyS4Video 

**perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam model ini adalah Button HOME yang dibuang dan model ini sepenuhnya akan mendukung fungsi touch screen.

**tidak dapat  dipastikan fungsi sebenar 2 Kamera yang berada di bahagian belakang. Dikhabarkan kamera Samsung Galaxy S4 akan support sehingga 13 MP camera dan 1.9MP untuk kamera hadapan.

Amaran Ribut Tropika Sonamu di Pantai Timur

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut pada 5 Januari 2013 :-

KENYATAAN AKHBAR

SETIAUSAHA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG

5 Januari 2013

1.      Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.

2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.

3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan.

4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir.

5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.

6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my dan http://portalbanjir.mkn.gov.my.

*******************

 

Menurut Portal dungun.net  pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air , Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .

 

  1. Kepada penduduk yang berada di kawasan berisiko untuk dilanda ribut ini, anda dinasihatkan berhati hati .
  2. Jauhi kawasan pantai dan pastikan anak anak dan keluarga anda berada dalam keadaan selamat .
  3. Sila dapatkan maklumat lanjut dari laman web berkaitan dan alert dengan amaran dari pihak berkuasa
  4. Maklumat terkini pergerakan Ribut Tropika SONAMU boleh dirujuk di laman berikut : http://www.tropicalstormrisk.com/ 

**UPDATED PERGERAKAN RIBUT TROPIKA SONAMU (SUMBER)

Nasihat Ribut Tropika.

Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan :

Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

** dan berikut adalah artikel berkaitan yang dikeluarkan oleh NASA. Klik pada link dibawah :

>>> NASA Catches Tropical Storm Sonamu in South China Sea <<<

sumber :


http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=malay
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1325&Itemid=564
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151232969316705&set=a.10150189480261705.305815.671456704&type=1&theater
http://media.penerangan.gov.my/e-press/cetak-sm.asp?data_dtl_oid=76895&data_type=Siaran+Media&state=WP+Kuala+Lumpur
http://www.trust.org/alertnet/news/tropical-storm-sonamu-is-forecast-to-strike-malaysia-at-about-0000-gmt-on-8-january/
http://dungun.net/2013/01/tropical-storm-sonamu-sudah-makin-dekat-dengan-terengganu/
fb Malaysian Meteorological Department:
http://www.facebook.com/malaysiamet?ref=stream

Sunday, January 06, 2013

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27)

image

Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) telah melabuhkan tirai apabila keputusan penuh diumumkan. Berikut adalah keputusan penuh pemenang AJL27 ini

*********************

PERSEMBAHAN TERBAIK AJL27

TEMAN PENGGANTI -BLACK & RJ

*********************

VOKAL TERBAIK AJL27

KU AKUI – HAFIZ

*********************

LAGU TERBAIK

TEMPAT KE –3

KOMPOSER - AJAI
KU AKUI - HAFIZ

NAIB JUARA AJL27

KOMPOSER - AUDI MOK
LIRIK - AZLAN
IDOLA - AZLAN AND THE TYPEWRITER

JUARA AJL27

TERUKIR DI BINTANG - YUNA (dinyanyikan oleh Aizat)

*********************

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 27(AJL27)

Anugerah Juara Lagu Ke 27 akan berlangsung pada malam ini menyaksikan lau lagu terbaik sepanjang 2012 berentap merebut gelaran juara. Yang paling ditunggu tunggu semestinya adalah Lagu Terbaik .

image

Juara AJL27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), manakala tempat ketiga (trofi dan RM12,000)

Bagi persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000

Panel juri pula terdiri daripada 10 orang juri yang diketuai oleh Komposer Azmeer

Saksikan Live Streaming Anugerah Juara Lagu (AJL) 2012 . Klik pada pautan dibawah :

image