Saturday, December 01, 2012

Tips Kawal Diri Dari Berasa Senang Lapar

Makanan dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana ia satu keperluan yang mesti ada setiap hari dan  perlu diambil untuk memastikan kelangsungan hidup. Namun, pemakanan juga mampu membawa kesan buruk jika ianya tidak dikawal dengan baik. Ada sesetengah dari kita yang senang berasa lapar dan menyebabkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan dari diperlukan setiap hari.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mengehadkan pemakanan dan mengelakkan diri dari senang lapar ? Jom baca beberapa tips di bawah dan amalkan untuk kebaikan bersama.

1) Makanan dalam hidangan yang kecil / kerap
• Makan dalam jumlah hidangan yang kecil sepanjang hari akan membantu anda mengawal keinginan, mengekalkan tahap gula dalam darah, menjadikan anda bertenaga dan menggalakkan pembaikan tisu otot yang rosak.


• Jumlah hidangan yang kecil, 4-5 hidangan mini adalah lebih baik berbanding makan 3 kali hidangan yang penuh. Anda harus menstruktur semula hidangan untuk memenuhi keperluan kalori.
• Pilih hidangan yang menyediakan anda dengan jumlah nutrien sesuai, terutamanya dari sumber protein dan karbohidrat. Sarapan pagi merupakan hidangan paling penting setiap hari yang harus anda tumpukan kepada karbohidrat.


2) Sekalipun sibuk, jangan langkau hidangan anda!
• Jika anda terlepas hidangan, ia akan membuatkan anda terikat untuk tunduk kepada rasa lapar. Sarapan merupakan hidangan yang paling penting setiap hari, yang mana tidak harus dilangkau. Setiap hari, hidangan pertama adalah penting untuk menambah nutrien yang hilang sewaktu masa malam. Terlepas hidangan akan merendahkan tahap gula dalam darah, mengurangkan tahap tenaga dan membuat rasa lapar tidak dapat ditahan, dan akan membuat anda makan terlalu banyak.


3) Pesta sayur-sayuran yang sihat!
• Sayur-sayuran penuh dengan nutrien yang membantu anda kekal sihat dan mampu mengawalan rasa lapar. Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis bunga, bayam dan sayuran kekacang perlu dimasukkan dalam carta pemakanan, kerana ia adalah tinggi serat tetapi rendah kalori. Sayur-sayuran segar akan mengisi perut dengan kadar kalori rendah dan membantu anda mengawal nafsu makan.


4) Makanan pilihan
• Pakar pemakanan mengesyorkan mengambil lebih hidangan berasaskan bijirin penuh dan mengurangkan karbohidrat ringkas untuk mengawal rasa lapar. Bijirin penuh adalah lebih kepada mengisi perut dan memuaskan berbanding makanan karbohidrat ringkas seperti putu piring, tosei, roti putih dan beras putih yang mana meningkatkan risiko kalori berlebihan.
• Minuman smoothie yang terutamanya diperbuat dari yogurt rendah lemak dan dipenuhi buah-buahan memastikan anda bertenaga. Smoothie yang sihat adalah tinggi dari segi protein, serat dan kalsium.
• Selain itu, elakkan pengambilan sup yang tinggi kalori. Pilihlah sup berasaskan air rebusan dan ditambah sayur-sayuran ke dalamnya untuk mendapatkan tenaga padat.


5) Tidur
• Tidur juga memberi kesan terhadap pengawalan selera makan. Kekurangan tidur menjejaskan hormon melatonin, yang berkaitan dengan selera dan akan memberi tindak balas terhadap peningkatan selera makanan.


6) Minum air sebanyak mungkin
• Air adalah yang paling sihat di antara semua. Selain meminum banyak air, ambillah makanan yang tinggi kandungan air. Salad, timun, tomato, tembikai, strawberi dan oren akan mengisi perut anda dengan mudah, dan mengandungi kalori rendah daripada saiznya.

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2012

Malam ini bakal menyaksikan pertembungan sengit dua musuh tradisi Asia Tenggara iaitu Malaysia menentang Indonesia dalam perlawanan AFF Suzuki. Buat kem Malaysia, perlawanan ini mungkin perlawanan terpenting untuk melangkah ke separuh akhir dan kemenangan juga ditagih untuk menjernihkan kembali imej yang tercalar selepas tewas di tangan Singapura tempoh hari.

Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam dan boleh disaksikan di RTM1 atau Astro 813. Bagi anda yang tidak dapat menonton menggunakan televisyen , Live Streaming perlawanan AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia diseediakan kepada anda. Sila klik pada pautan dibawah untuk menyaksikan live streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2012, 1 Disember 2012

LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA AFF SUZUKI 2012

**Keputusan penuh perlawanan akan diupdate sejurus selepas tamat perlawanan. Kita sama sama doakan Harimau Malaya akan bangkit mengaum dengan garang pada malam ini menewaskan Sang Garuda .

Betulkah Ubat Gigi Hilangkan Jerawat?

Hampir semua daripada kita sudah pasti pernah menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah kulit wajah, iaitu dengan menyapu ubat gigi di kawasan yang berjerawat.


Walaupun ianya mampu mengurangkan minyak, adakah ubat gigi merupakan suatu cara yang efektif demi mendapatkan kulit wajah yang licin dan bersih? Dan apakah kesan sampingan yang ada?


Menurut Dr. Neal Schultz, iaitu seorang pakar dermatologi dari New York, ubat gigi mengandungi bahan-bahan seperti soda penaik, hidrogen peroksida, alkohol, mentol, minyak pati serta triklosan yang bersifat anti-bakteria dan berfungsi mengeringkan jerawat.


Namun begitu, beliau menegaskan bahawa bahan-bahan tersebut tidak membuatkan penggunaan ubat gigi lebih efektif berbanding dengan cara penghilangan jerawat yang konvensional.


Seorang lagi pakar dermatologi, Dr. Rebecca Baxt, menambah bahawa kesan pengeringan yang dibawa oleh ubat gigi sering dilihat orang ramai sebagai suatu yang baik. Sebaliknya, kesan tersebut sebenarnya mengakibatkan radang kulit yang melibatkan kemerahan dan pengelupasan disebabkan oleh kulit yang terlebih kering.


Mungkin ada di kalangan kita yang mampu menghilangkan jerawat dengan cara sebegini, tetapi ubat gigi bukanlah sama sekali rawatan yang tepat untuk kulit berjerawat. Apa yang sebenarnya boleh mengatasi masalah kulit adalah benzoyl peroksida serta asid salisilik.


Oleh itu, jika anda ingin menghilangkan jerawat dengan cara yang berkesan dan tidak melibatkan wang yang banyak, anda boleh menyapu aspirin yang sudah dikisar dan dijadikan pes setelah larut dalam air di sekitar wajah sebelum tidur. Cara-cara lain yang popular dan efektif termasuklah sapuan jus limau ataupun lemon.

Kuala Lumpur syurga membeli-belah keempat di dunia

Kuala Lumpur, Malaysia telah diiktiraf sebagai syurga membeli-belah keempat di dunia, berikutan dari hasil kaji selidik yang dilakukan olehCNN baru-baru ini.



Jumlah mata yang diperolehi adalah sebanyak 30 daripada 40 mata, di mana ia merangkumi aspek kemudahan berjalan, kualiti barangan yang dibeli, kepelbagaian barangan dan pengalaman.


Pencapaian ini meletakkan bandar-bandar gergasi seperti Paris, Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid berada di belakang Malaysia.


Gelaran syurga membeli-belah di dunia yang pertama di dunia pula berjaya dimiliki oleh New York dengan 35 mata, diikuti oleh negara matahari terbit, Tokyo dengan 34 mata dan disusuli dengan London yang mendapat 31 mata.

Full Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3-Jambu

Persembahan kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak Mega 2012 untuk Minggu ke 3 mungkin antara persembahan terbaik mereka dalam mana mana persembahan . Lawak spontan mereka denga menggunakan hanya satu situasi yang diterjemah dalam beberapa siri lawak membuatkan penonton hampir pecah perut ketawa.

 

Persembahan Jambu mungkin boleh dinobatkan sebagai persembahan terbaik untuk minggu ke 3 ini. Jom pecahkan perut anda dengan menyaksikan persembahan mereka.

 

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3-Jozan

Persembahan Jozan pada minggu ke 3 Maharaja Lawak Mega 2012 .  Nampak kurang menyengat persembahan mereka pada minggu ke 3 ni. Mungkin Jozan boleh pertingkatkan persembahan mereka pada minggu akan datang . Walaubagaimanapun , statistik masih mengekalkan Jozan di tangga teratas undian Maharaja Lawak Mega 2012.

Friday, November 30, 2012

Gambar otak Einstein didedahkan muzium AS

image 

WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein (gambar kecil) disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini.

Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin.

Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.

Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.

Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein.

Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.

Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS. - Agensi