Saturday, May 12, 2012

Edward Martin Jesus @Syahir Sudah Bunuh Diri ??

Edward Martin Jesus. Satu nama yang tiba tiba popular di laman maya hari ini mengalahkan Aaron Aziz yang baru saja memenangi ABPBH . Siapa sebenarnya pemilik nama tersebut? Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin jugak ada yang sedang menggaru-garu kepala memikirkan siapa sebenarnya dia.

Edward Martin Jesus ni adalah salah seorang manusia yang mempunyai otak seperti manusia lain tapi sayangnya otaknya tidak digunakan sebaiknya. Dari semalam, di profile facebooknya , beliau asyik mengugut untuk membunuh diri atas sebab kecewa dengan cinta seorang gadis bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Edward Martin Jesus ni dikatakan seorang muslim yang telah mengaku murtad dan membenci Islam dan telah masuk agama Kristian. Dikatakan nama sebenarnya adalah Syahir dan sekarang menetap di Seksyen 19 Shah Alam.

image

sungguh biadap dan kurang ajar.

Dan dari semalam dia sudah menjadi antara manusia popular di kalangan facebookers Malaysia atas sebab kebodohannya mengumumkan akan membunuh diri.

image

Berani ke dia bunuh diri? Dan beraninya dia posting macam ni. Ala ala drama gitu. Aku tak rasa dia betul betul akan bunuh diri . Cuba tengok status ini

image

masih mengharapkan sang gadis untuk menyelamatkannya . Macam drama dan cerekarama yang dibuat buat untuk menagih simpati. Good try bro. Rakan sekolahnya ada komen di status (cari tak jumpa sebab banyak sangat komen) dan mengatakan si Syahir ni memang suka show up lebih lebih untuk tarik perhatian . Dan tahniah la sebab memang berjaya menarik perhatian. Sampaikan satu status ada beribu ribu komen dan berjaya mengumpul sebanyak 2765 subscriber setakat 12 Mei 2012. Good try again.

image

Dan ini adalah status terakhir mamat ni ,lebih kurang 15 jam sebelum entry ini ditulis. Berjaya mengutip sebanyak 497 like, 3476 comment dan 115 share setakat jam 11.55 malam , 12 Mei 2012.   Adakah dia sudah membunuh diri. Dan yang pastinya, status tersebut menjadi bahan ketawa ramai facebookers (cuba baca balik komen komen) . Dan selepas 15 jam , kenapa sudah tiada update status dari dia? Kemungkinannya :

  1. sudah membunuh diri
  2. tak mahu update sebab takut malu dikatakan pengecut
  3. sedang merengkok dalam lokap sebab ada akta yang melarang membunuh diri
  4. sedang membaca komen komen dan posting blog mengenainya dan tersenyum sebab dia sekarang sudah popular dengan kebangangannya.

Anda rasa yang mana satu kemungkinannya? Admin rasa no . 4.  Anda??

adakah ini gambar Syahir dan kekasih hatinya? Sumber gambar dari Blog Milik Syahir iaitu Syahir005. Dan kalau dilihat pada posting dalam blognya sebelum ini, kebanyakannya berunsur Islam. Kenapa tiba tiba boleh murtad dan membenci Islam . Atau ada kemungkinannya fb beliau di hack oleh seseorang atau ini kes fitnah?

Jika benar, tolong lah pergi nasihat si Syahir Mamat melayu bajet omputih  ni . Semoga Allah bagi petunjuk dan hidayah kepadanya . Amin

 

Friday, May 11, 2012

10 Tanda Wanita Itu Suka Kepada Anda

Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara perkara melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang mula dahulu. Gentleman katanya.

Lelaki pula , kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya , kedua duanya tidak ke mana . Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan . Bagi lelaki yang takut untuk meluahkan perasaan kepada wanita ,anda boleh mengenali wanita tersebut jika mereka juga sebenarnya suka kepada anda. Dan jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius. Baca artikel dibawah untuk mengetahui petanda bahawa wanita tersebut juga menaruh harapan dan hati kepada anda.

  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda

diolah semula dari sumber

Thursday, May 10, 2012

Ya Allah! Video Bayi Didera Dengan Kejam

bayi didera ibu kandung, video bayi didera ibu, video bayi kena dera, video bayi ditampar dan dipukul

Minggu ni heboh dengan pendedahan satu video seorang bayi yang didera dengan kejam oleh seorang wanita yang dikatakan ibunya. Untuk makluman, video tersebut adalah video yang telah dirakam pada tahun lalu dan bukannya kes baru. Cuma ia baru didedahkan baru baru ini. Ramai yang menyatakan simpati dengan kekejaman yang dilakukan ke atas seorang bayi yang masih tak mengerti apa apa. Selepas didedahkan dilaman facebook dan twitter, Pihak polis menerima hampir 300 laporan mengecam tindakan tersebut.

image

Pelbagai kecaman dikeluarkan oleh sesiapa yang menonton. Tak kurang juga yang menyalahkan si perakam yang tidak membuat apa apa semasa bayi tersebut didera. Dan hari ini, timbul satu lagi berita yang mengatakan si pelaku tersebut mengalami gangguan perasaan dan bayi tersebut adalah hasil dari kes mangsa yang dirogol. Admin tak dapat nak memastikan kesahihan ini tetapi anda mungkin juga sudah tahu berita ini dari laman facebook.

 

Si perakam pula dikatakan ibu kepada wanita tersebut yang merakam untuk dijadikan bukti kes tersebut. Sebelum ini, dikatakan ibunya telah banyak kali melarang dan menghalang wanita tersebut dari terus memukul anaknya namun dia sendiri dipukul oleh wanita tersebut. Anda boleh saksikan sendiri video ini. (PERHATIAN : ANDA MUNGKIN MENGALAMI SEDIKIT GANGGUAN SELEPAS MENONTON VIDEO INI )


perempuan pukul bayi .wmv by f100002488623807

##Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. (PDRM)

Monday, May 07, 2012

Semakan Keputusan Kemasukan IPTA / UPU / Politeknik Premier 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/Politeknik Premier PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013 ,semak upu 2012, semak keputusan upu 2012, semak keputusan politeknik 2012, semak kemasukan politeknik 2012, semakan keputusan upu, semakan keputusan ipta 2012, semak ipta 2012, semak keputusan politeknik premier 2012, semakan keputusan UiTM 2012, rayuan kemasukan ipta 2012, rayuan kemasukan upu 2012, rayuan kemasukan politeknik 2012.

********************************************************************************

PENGUMUMAN




BAGI CALON CALON STPM DAN MATRIKULASI PERMOHONAN UPU  2012 SEMAKAN 13 JULAI 2012 SILA KLIK LINK DIBAWAH


Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA Lepasan STPM 2012/2013



********************************************************************************






UPDATED:  KEPUTUSAN RAYUAN TELAH DIUMUMKAN .SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH 


Semakan Keputusan Rayuan UPU 2012, 14 Jun 2012





Kepada pelajar lepasan SPM 2011, keputusan kemasukan UPU yang telah diisi sebelum ini sudah boleh mula disemak di laman web UPU.

Keputusan boleh mula disemak mulai jam 12.00 tengahari tadi menggunakan dua medium semakn iaiti menggunakan sistem atas talian dan SMS.



Untuk sistem semakan online, anda boleh membuat semakan mengikut wilayah masing masing bagi mengurangkan masalah kesesakan yang dialami sebelum ini. Sila klik pautan dibawah mengikut kawasan anda .
Saluran 1  Lembah Klang
Saluran 2  Utara
Saluran 3  Selatan
Saluran 4  Sabah
Saluran 5  Sarawak

Sistem semakan menggunakan SMS.

Taip UPU RESULT [NOKP] hantar ke 15888

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Kepada yang tidak bernasib baik,, anda masih lagi boleh mengemukakan rayuan . Sila klik pada gambar dibawah untuk membuat rayuan .Rayuan adalah melalui aplikasi e-Rayuan sahaja dan boleh dicapai mulai 07 Mei 2012 jam 12.00 tengah hari sehingga 18 Mei 2012 .

image

Sunday, May 06, 2012

Pengakuan Gadis Cikaro–“Saya Kenal Seks Bebas Sejak Berumur 12 Tahun”

Petikan dari Metro

“Pengalaman pertama saya ‘bersama’ lelaki ialah ketika berusia 12 tahun. Memang takut pada mulanya tapi lepas beberapa kali dipujuk, saya akhirnya mengalah,” kata Gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro ketika belajar di tahun enam lagi.


Menurut Gee, sejak itu dia mula ketagih melakukannya dan bagi memuaskan diri dan mencari pengalaman baru, dia melakukannya dengan pasangan berlainan.


“Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit,” katanya.
Gee, anak bongsu daripada tiga beradik, mengakui kehidupannya berubah apabila ayahnya meninggal ketika dia berusia 10 tahun. Oleh kerana ibunya sibuk menyara keluarga, tiada sesiapa memantau dirinya.


Kerana sunyi, dia mula belajar melepak bersama rakan lain, termasuk dengan kumpulan mat rempit.-METRO


** Ini cuma satu dari beribu ribu kes yang wujud di Malaysia. Dah terlalu kritikal dah masalah ini di Malaysia sekarang. Ada yang sampai kata “ susah nak cari gadis melayu yang betul betul dara sekarang” . Tapi jangan salahkan mereka. Lelaki yang selalunya akan mula dahulu. Kalau dah ramai wanita tak ada dara, semestinya lelaki juga ramai yang sudah tiada teruna semenjak usia muda. Ada kes sebelum ini , kanak kanak seawal usia 10 tahun dah mula pandai berjinak jinak dengan seks bebas. Kalau tak dibendung, tak tahu apa akan jadi . Mungkin masalah utamanya adalah ibu bapa yang semakin tak kisah anak anak buat apa hari hari.

Keputusan Final FA Cup Chelsea vs Liverpool 6 Mei 2012

image

Pastinya malam ini semua penyokong Chelsea meraikan kemenangan bersejarah Chelsea mengalahkan Liverpool dalam Final FA Cup yang berlangsung sebentar tadi di Stadium Wembley .

Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan perlawanan oleh Chelsea dan gol pertama berjaya dijaringkan pada minit ke -11 oleh miedfilder Chelsea iaitu Ramirez .

Separuh masa kedua menyaksikan Didier Drogba sekali lagi meranapkan impian penyokong Liverpool dengan gol kedua yang dijaringkan pada minit ke 52 dan memberikan penguasaan 2-0 kepada Chelsea.


Gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh Andy Carroll pada minit ke -64 .


Tahniah kepada Chelsea kerana memenangi FA Cup . Selepas ini Chelsea akan berdepan satu lagi perlawanan akhir menentang Bayern Munich untuk merebut Piala UEFA Champions League.


KEPUTUSAN PENUH FA CUP FINAL 6 MEI 2O12 CHELSEA vs LIVERPOOL

CHELSEA  2 – 1  LIVERPOOL

Chelsea Scorer ( Ramirez “11” , Drogba “52”)

Liverpool ( Andy Carroll “64” )

image


untuk rekod, Chelsea kini memenangi satu piala iaitu FA Cup sebentar tadi dan Liverpool telah memenangi Carling Cup. Dan Chelsea berpeluang menambah satu lagi piala jika menang ke atas Bayern Munich dalam Final UEFA Champions League.

Sedikit info perlawanan sebentar tadi :

  • Referee: Phil Dowd
  • Assistant Referees: Stuart Burt & Andrew Garratt.
  • Fourth Official: Michael Jones
  • Attendance: 89,102
  • Winning club receives £1.8m from FA Prize Fund
  • Runners-up receives £950,000 from FA Prize Fund