Thursday, April 19, 2012

Keputusan Separuh Akhir Liga Juara Juara Eropah 2012 Chelsea vs Barcelona

Barcelona gagal menepati ramalan menang ke atas Chelsea dalam perlawanan Separuh Akhir Liga Juara Juara Eropah yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Chelsea melalui jaringan penyerang sensasinya , Didier Drogba.

Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan di lewat babak pertama (minit 45 ) yang pastinya meranap dan menghancurkan impian penyokong penyokong setia Barcelona yang menantikan kemenangan pasukan mereka. Pastinya penyokong Chelsea meraikan kemenangan ini kerana ia merupakan antara perlawanan paling ditunggu .

Empat pemain dilayangkan kad kuning , masing masind dua dari Chesea iaitu Ramirez dan Drogba dan dari pasukan Barcelona, P. Rodriguez dan S. Busquets Chelsea kini mempunyai keputusan baik untuk bertemu sekali lagi di Nou Camp untuk perlawanan timbal balik .

KEPUTUSAN LIGA JUARA JUARA EROPAH 2012

BARCELONA  0- 1  CHELSEA

Wednesday, April 18, 2012

Perbualan Ustaz Dengan Seorang Wanita Yang Tidak Menutup Aurat

Assalamualaikum. Ini sebuah kisah perbualan diantara seorang ustaz dengan seorang wanita atau remaja perempuan yang tidak menutup aurat. Satu cerita yang sangat menarik tentang persepsi dan reaksi kepada wanita bertudung dan tidak bertudung. Mohon baca sampai habis sebab memang sangat menarik idea yang dikeluarkan oleh ustaz ni.   Sekadar untuk renungan dan panduan kita semua. Tak salah berkongsi perkara kebaikan  betul tak?

 

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup
aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup
aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”

“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

image

Sekadar panduan dan rujukan untuk kebaikan bersama.

sumber : nizarazu

Tuesday, April 17, 2012

16 Perkara JANGAN Dalam Islam Oleh Ustaz Don

imageSenarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

  1. - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  2. - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  3. - JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  4. - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  5. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  6. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  8. - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  9. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  10. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  11. - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  12. - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  13. - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  14. - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  15. - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  16. - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

sumber : Islam Itu Agamaku

Proton Preve- Gambar , Spesifikasi, Harga Dan Full Video Teaser

gambar proton preve , harga proton preve, spesifikasi proton preve,  p3-21a, proton p3-21a, spesifikasi proton p3-21a, gambar proton p3-21a, video proton p3-21a, spesifikasi penuh proton baru, proton baru 2012, gambar proton baru 2012, pelancaran proton p3-21a, proton espire, proton espire 2012, proton 2012, proton tuah,video teaser p3-21a

TITLE UPDATED ON: 17 APRIL 2012

UPDATED : PROTON PREVE DILANCARKAN PADA 16 APRIL 2012


image

image

image

Pengenalan model baru keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) yang menggunakan nama kod P3-21A bakal menjadi penanda aras baru kepada pengeluar kereta nasional dalam usaha menghasilkan kereta yang menepati ciri standard pengeluaran kereta global.

p3-21a-real-ai1

Model yang akan dijual pada harga di atas jalan raya (OTR) termasuk insurans antara RM65,000 dan RM75,000 itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium akan dilengkapi pelbagai ciri terkini serba lengkap, sama ada kelengkapan aksesori, utiliti, mahu pun ciri keselamatan bertaraf tinggi. Selain dilengkapi enjin Campro 1.6 Liter Turbo (CFE) dengan tujuh kelajuan Pro-Tronic CVT3 (VVT) yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 205Nm pada 2,000rpm, model itu turut lulus markah penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran Program Penilaian Kenderaan Baru (NCAP) yang dijalankan wakil NCAP dari Australia.

proton_p3_baruLagi

Sumber automotif berkata, menerusi ujian perlanggaran pada kelajuan 140 km/j itu, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, sekali gus membuatkan cermin hadapan tidak berderai, tetapi hanya retak akibat kesan letupan beg udara sahaja.

“Kereta ini yang dibangunkan berdasarkan model konsep Tuah turut dilengkapi empat beg udara penumpang dengan suis beg udara hadapan boleh dihidup atau dimatikan untuk keselamatan jika bayi diletakkan ditempat duduk hadapan sebagai sokongan kepada ciri keselamatan standard seperti sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TC) dan sistem brek antikunci (ABS),” katanya.

PROTON-ESPIRE-REAR

Antara Spesifikasi Yang Ditawarkan bersama Proton Preve ini adalah :

AKSESORI :

Auto fold/unfold side mirror – Side mirror akan Automatic fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga button untuk kegunaan manual seperti Exora BOLD
Auto Off Rear Demister – Mengelakan tint menggelembung
Follow Home Lamp
Headlamp Warning Buzzer
Trunk Remote Release
Front & rear socket 12V – Terdapat di bahagian hadapan dan belakang Utility Hook
- Seperti Exora, terdapat di ruang penumpang hadapan dan juga belakang Low Rear Hump
- Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempat dengan bonggolan lantai ditengah yang rendah.
Front & Rear Fog Lamp
Anti-Trap Power Windor (Driver side only)
Seat Material – Water repelent fabric. Seat boleh fold 60:40
Smart Info Display (SID) – Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri kunci lemah dan lain-lain
Autolock & advance lock system
Magnisium Inside Door Handle
Keyless Entry – Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
BOSCH Head-Unit – 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
YES WiFi Modem – In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
S Mode (Sport) – Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif.
BCM – Body Control Module

SAFETY :

4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
TC (Traction Control)
ESC (Electronic Stability Control)
BA (Braking Assist)
4 AIRBAG – Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletak kan di tempat duduk.
5 STARS Australia NCAP – Orang ramai tidak lagi perlu ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan di uji bukan pemilihan dari
Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan di uji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.

DIMENSION

Length = 4.543m
Width = 1.786m
Height = 1.524m
Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

CHASSIS

Boot Space: 508 litre
Turning Radius: 5.3m
Full Tank Capacity: 50 litre
Aerodynamic (rintangan angin): Cd Factor = 0.30
- Untuk perbandingan, Audi TT memiliki Cd Factor = 0.29

POWERTRAIN

1.6 CFE with 7speed Pro-Tronic CVT3 (VVT)
0-100km/h: 9.6 saat
- Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6 12.5 saat

VARIANT

Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT (140hp@2000rpm / Tourqe – 205nm@2000-4000rpm)

COLOR

Solid White
Tranquility Black
Genetic Silver
Fire Red (my favorite)
Blue Lagoon

PRICE

RM65,000 – RM75,000

Ciri-ciri lain yang telah disebarkan sebelum ini
Auto Cruise
Keyless Push Start (ON/OFF)
Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) di gear column
Audio Switch Steering Control
Soft touch plastic dashboard
Emblem at Steering Wheel
ISOFIX
Rain Sensor
Light Sensor
Front LED day light
Sport Rim 16? (10 Spoke)
Multi-link rear suspension   (
sumber)

Dan Video Teaser Proton Preve

untuk senarai penuh spesifikasi secara lengkap, boleh kunjungi laman Nescafeais

 

Hotel Air Terjun Yang SuperCool Di Chile

Montaña Mágica Lodge adalah sebuah hotel yang diilhamkan bersama air terjun buatan manusia di Patagonia, Chile. Air terjun akan bergerak dari bahagian atas hotel tersebut dan pengunjung boleh merasai pengalaman seolah olah berada di dalam air terjun. Sewa hotel ini adalah sekitar USD 156 hingga USD 280 . Hotel ini akan tampak lebih menarik menjelang musim sejuk kerana ia akan kelihatan seolah olah pokok krismas

sumber

Monday, April 16, 2012

Gambar Kahwin Natasha Hudson Dan Carleed Khaza

gambar kahwin natasha hudson, gambar akad nikah natasha hudson, natasha hudson kahwin

Dengan sekali lafaz, Natasha Hudson kini sah bergelar seorang isteri kepada Carleed Khaza atau Khaled Kamal,  seorang komposer muzik . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.

 

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasya juga enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

Pihak wanita menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

GAMBAR GAMBAR SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH NATASHA HUDSON DAN CARLEED KHAZA

natasha hudson

natasha hudson nikah

gambar natasha hudson kahwin

pernikahan natasha hudson kahwin

gambar nikah natasha hudson


credit to ROTIKAYA.com