Powered by Blogger.

Wajib Baca! Kisah Trauma Wardina Saffiyah Dirompak

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 12, 2012 | 10:18 PM

Ini adalah nukilan dan luahan hati Wardina Saffiyah yang dirompak pada pagi tadi. Tolonglah baca sampai habis cerita ni sampai habis. Tentang bagaimana sayangnya seorang ibu kepada Allah , suami dan anak anak dan betapa kasihnya sang suami kepada isteri. Dalam nukilan ni jugak, Wardina menceritakan satu persatu kejadian beliau dirompak pada pagi tadi : Boleh rujuk entry Rumah Wardina Dirompak 3 Lelaki Berparang, Suami Dipukul.

 

Wardina Safiyyah OfficialPage

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”

"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”   

“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”

“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

Wardina

nukilan asal dari facebook note Wardina Saffiyah dan Laman Rasmi Wardina Saffiyah

10:18 PM | 3 comments | Read More

10 Cara Goda Isteri

image

SUAMI mana yang tidak berasa hampa apabila isteri sering menolak pelawaan untuk mengadakan hubungan intim atas alasan penat. Persoalannya adakah para isteri benar-benar jujur dengan alasan tersebut atau sebenarnya tidak mendapat rangsangan yang sempurna daripada anda, para suami.

Dalam hal ini cuba imbas kembali saat anda dan pasangan mula-mula berkahwin dulu, apa caranya untuk memikat atau setidak-tidaknya membangkitkan mood isteri untuk mengadakan hubungan seks dengan anda. Bagi si suami yang tidak mempunyai idea untuk tujuan tersebut boleh mencuba 10 cara yang dicadangkan ini.

1) Selepas bertengkar: Dalam hubungan suami isteri, anda tidak akan dapat lari daripada bertengkar. Apabila bertengkar sudah tentu kemarahan meluap-luap dan menjadikan jantung anda berdegup kencang. Selepas anda berdua meledakkan kemarahan masing-masing, anda perlu mengambil inisiatif untuk meredakan kemarahan isteri dengan menghampirinya, merangkul pinggangnya dan berikan ciuman seikhlas hati. Pasti isteri anda tidak menolak dan hubungan seks boleh diteruskan dengan cara yang selembut mungkin.

2) Bahagia: Sama seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan menjadikan seseorang wanita itu tidak menolak untuk melakukan hubungan seks. Justeru tidak hairanlah seorang wanita yang baru menerima bonus, atau kenaikan pangkat atau apa saja yang menggembirakan hatinya di pejabat memberikannya satu perasaan ghairah dan mood yang amat positif untuk melakukan hubungan seks dengan anda.

3) Stres: Ada wanita yang apabila terlalu stres akan mempunyai semangat untuk melakukan hubungan seks. Pernah seorang rakan memberitahu bahawa dalam satu hari dia mengalami pelbagai dugaan, kertas cadangannya ditolak, kereta mengalami kerosakan dan peliknya pada waktu malam dia mahukan hubungan seks. Kajian menunjukkan bahawa stres atau tekanan meningkatkan rangsangan keintiman wanita. Oleh itu para suami, jika isteri anda stres namun tidak bercadang melakukan hubungan seks, anda boleh menawarkan untuk melakukan urutan aroma terapi kepada isteri dan pastinya keghairahan isteri meningkat.

4) Cemburu: Isteri memang mudah terbakar jika mendengar suami ada wanita lain, oleh itu jangan pelik jika dalam keadaan sedemikian keinginannya untuk bersama semakin meningkat.

5) Waktu subur: Wanita sangat mudah terangsang semasa tempoh suburnya (waktu pelepasan telur) oleh itu dua minggu selepas haid adalah saat paling baik untuk melakukan hubungan seks. Pastikan anda tidak terlepas saat tersebut.

6) Selepas menghadiri majlis: Wanita mudah terangsang dalam situasi romantis, tak perlulah anda hairan apabila selesai majlis, mendengar alunan muzik romantis, berdua-duaan sudah cukup untuk menggodanya untuk bersama anda.

7) Menonton filem romantis: Kebanyakan wanita menyukai filem romantis dan ia salah satu cara untuk anda membangkitkan mood isteri untuk berhubung intim.

8)Tinggal-tinggalkan: Berpisah beberapa hari dengan isteri anda membuatkan dia akan merindui anda. Luahan kata-kata rindu berbaur romantis menerusi telefon cukup untuk membangkitkan rasa ghairah isteri untuk bersama anda selepas pulang nanti, cubalah.

9) Bersendirian: semakin lama wanita tidak melakukan hubungan intim sebenarnya dia pasti akan merinduinya. Tidak salah anda membiarkannya bersendirian jika itu yang dimahukannya, namun sebaik sahaja isteri anda mahukannya jangan lepaskannya, kerjasama daripada kedua belah pihak pasti akan mendatangkan kepuasan maksimum buat anda berdua.

10) Kreatif: Sesekali cuba buat kejutan dengan memberikan ciuman ketika isteri masak di dapur. Hadiahkan dia sekuntum bunga ros atau coklat, paling tidak ajak dia untuk ke makan malam yang indah bersama anda, pasti ada kelainannya selain menggoda di bilik tidur.

AWAS: untuk isteri yang sah sahaja. Bukan awek yang tak sah . hehe

8:00 PM | 0 comments | Read More

Gambar Kahwin Ezlynn Dan Adam Fahmi

Semua gambar adalah hak milik asal OHBULAN , tapi aku dah hostingkan di blog aku sendiri. So tak ada kes mencuri bandwith ye kawan kawan .hehe. This wedding seem to be  nice but something goes wrong la dengan pakaian pengantin. KENAPA PERLU PAKAI SKIRT WAHAI EZLYNNN.. awak tu orang WESTERN ke??? artis artis .Dah macam ala ala Memey dengan Norman je. Pengantin dengan dayang dayang semua pakai skirt.

image

image

image

image

image

image

image

sumber

2:25 PM | 3 comments | Read More

Hotel Air Terjun Di Chile

Montaña Mágica Lodge adalah sebuah hotel yang diilhamkan bersama air terjun buatan manusia di Patagonia, Chile. Air terjun akan bergerak dari bahagian atas hotel tersebut dan pengunjung boleh merasai pengalaman seolah olah berada di dalam air terjun. Sewa hotel ini adalah sekitar USD 156 hingga USD 280 . Hotel ini akan tampak lebih menarik menjelang musim sejuk kerana ia akan kelihatan seolah olah pokok krismas

sumber

10:00 AM | 0 comments | Read More

Rumah Wardina Dirompak 3 Lelaki Berparang, Suami Dipukul

image

Berita ni diperoleh dari laman hiburan Ohbulan.Rumah Wardina Safiyah telah dimasuki perompak berparang dipercayai buruh warga Indonesia jam 5pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas.

Ketika kejadian, Wardian dan anak anak hanya berlindung di balik selimut untuk menyelamatkan diri dari perompak yang membawa parang.

image

Pihak polis dah berada dirumah Wardina dan perompak dikatakan masih berada di kawasan Bukit Antarabangsa dan Ampang. Kepada yang ada ternampak mereka yang mencurigakan, sila hubungi pihak polis.

image

Kesian Wardina. Habis 5 buah laptop hilang. Mesti banyak maklumat peribadi dalam laptop tu. Kalau aku laptop hilang, mau menangis sebulan sebab banyak sangat benda yang disimpan di dalam ni. Harap harap suami dia tak apa apa. Kurang ajar Mat Indon ni. Dah orang bagi kerja kat sini elok elok, nak datang buat hal pulak. Dah banyak sangat dah kes samun orang Indon ni.

6:50 AM | 3 comments | Read More

Perodua Myvi Terbang : Smart!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 11, 2012 | 10:24 PM

Mungkin kemalangan adalah perkara biasa yang kita memang selalu tengok hari hari. Tapi mungkin apa yang aku nak tunjukkan ni adalah kemalangan yang agak luar biasa . Tak pasti macammana kejadian ni boleh terjadi tapi yang pasti, kemalangan ni pastinya terjadi dalam keadaan kelajuan yang tinggi .

kereta+myvi+terbang+versi+baru

memang macam nampak lawak at first sebab macam elok je dia landing and parking atas van tu. Elok je duduk atas macam ada orang yang angkatkan. But bila fikir balik , ini mesti teruk ni kalau ada orang dalam van tu. Nasib la van tu cuma parking tepi jalan je. Kereta tu yang panjat van tuh. Agak agak la kan, macammana ek boleh dia terbang ke atas sampai macam tu? Macam tak logik je kan?

perodua+myvi+terbang+2012

Macam styloo pun ada gak. Sangat rare . Mungkin inilah yang dikatakan kereta terbang yang akan ada zaman ke hadapan nanti. Kalau dah kereta atas jalan pun tak boleh nak kawal sampai boleh terbang, inikan pulak kereta terbang. Mau berselerak atas tu nanti. Kita memang dah sedia maklum tentang perangai pemandu di malaysia yang memang suka memandu melebihi had laju. Dan bila dah terlampau laju, inilah jadinya. So beringatlah sebelum kena sebab kalau dah kena, nak menyesal pun dah tak guna. Putih mata ja.

pic kredit to : Anastasyea

10:24 PM | 0 comments | Read More

Wordless Wednesday : Game Terbaru “Angry Fruits”

haha sempoi giler sape yg buat ni.

303737_10150345680516379_158792911378_8355898_170791601_n

8:00 PM | 1 comments | Read More

Zakar Tak Boleh “Turun” Lepas Buat Tatoo

Seriusly memang satu kebangangan dan kebodohan bila terlalu cintakan seseorang sampai sanggup membuat tatoo nama kekasih yang disayangi tersebut dikemaluan. Apa kejadah tatoo di anu ? Tempat lain macam dah tak ada . Bajet romantik habis la tuh. Haa amekkaww kan dah tegak tak leh nak turun turun dah. Lawak pun ada jugak bila fikir balik. kah3x.

 

Ini berita yang diambil dari mynewshub :

Takde kerja cari kerja! Mungkin itulah istilah paling tepat yang boleh penulis berikan pada seorang pemuda Iran berusia 21 tahun ini.

Dek kerana terlalu menyintai gadis pilihannya, dia bertindak melukis tatoo huruf ‘M’, pangkal nama awekknya itu di kepala zakarnya sendiri, pergh!

Tak cukup dengan itu, dia juga melukis tatoo dalam bahasa Parsi iaitu “borow be salaamat” atau bahasa Melayunya, selamat dalam pengembaraanmu, di zakar tersebut.

Yang menjadi masalahnya, tindakan itu menyebabkan zakarnya cedera hingga menyebabkan ia menegang dan tidak TURUN-TURUN!

Kisah ‘sedih’ pemuda berkenaan kini menjadi perhatian di seluruh dunia kerana ia dilaporkan dalam The Journal Of Sexual Medicine yang terkenal itu.

Menurut pakar perubatan, masalah itu terjadi kerana berlaku pendarahan dalam tisu zakar tersebut sewaktu proses tatoo itu dilakukan.

Penulis difahamkan yang pemuda berkenaan ada menjalani pembedahan bagi ‘membetulkan’ masalah itu namun ianya gagal – hanya turun separuh!

Gambar di atas adalah gambar zakar pemuda berkenaan, maaf, kami terpaksa ‘crop’ bahagian tertentu, kang tak pasal-pasal jadi gambar lucah pulak.

Ini untuk membuktikan bahawa kes itu benar-benar wujud dan untuk memberi pengajaran pada kita semua agar….JANGAN BUAT PERKARA TAK TENTU PASAL KAT ‘BENDA’ TU!

**Perhh lukis kat kepala zakar? Gila ka apa? Tak rasa sengal ke? Damn it.. Aku yang rasa sengal baca. Dah sendiri cari pasal , sendiri la tanggung benda tergantung tu . Paling tak leh blah lepas dia buiat pembedahan tu, turun tapi separuh. Aku tak boleh nak bayang la turun separuh tu jadi macammana. kah3x.. adehh sakit perut aku gelak .

SUMBER

4:11 PM | 0 comments | Read More

Video Orang Kuat UMNO (OKU) Penampilan Khas Bob Lokman dan Pak Jabit



Video terbaru selepas video Oley yang dibuat kesinambungan dari video “bodoh” sembang rakyat tu . Kali ni penampilan istimewa oleh Bob Lokman dan Pak Jabit (Hantu Kak Limah) . Memang terbaik la video ni. Memang sebijik macam orang orang tua kampung aku sembang kat kedai kopi. haha

Buat video yang senang difahami oleh rakyat baru lah boleh dipanggil Sembang Rakyat kan? Video ni tajuk dia “SEMBANG KAMPUNG . Jom layann.


like sangat video ni kan? Memamg agak sentap la sesetengah statement dalam ni. haha..
1:00 PM | 0 comments | Read More

Pemegang Lesen Auto Tidak Dibenar Pandu Kereta Manual

Sebelum ini kerajaan dah umumkan tentang  Ujian Memandu Guna Kereta Auto Mulai Mei 2012 bagi mereka yang tidak mahir menggunakan transmisi manual. Dan terbaru, untuk mereka yang mengambil lesen menggunakan kereta auto dilarang memandu kereta manual.

IPOH – Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

“Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

“Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar.

“Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan cek Magnum IT Sdn Bhd sebanyak RM69,000 kepada 23 badan-badan kebajikan di seluruh Perak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang akan dilaksanakan pada Mei selepas pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

Mengenai pendidikan keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah, Kong berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkannya sehingga ke Tingkatan Empat bagi mewujudkan satu budaya keselamatan jalan raya di kalangan generasi muda.

Kong berkata, bagi Tingkatan Satu sebuah buku teks yang mengandungi pendidikan keselamatan jalan raya disediakan mulai tahun ini.

“Ini adalah satu usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sebagai satu usaha untuk membantu pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi peraturan undang-undang jalan raya,” katanya.

Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih. – BERNAMA


**so lebih baik rasanya kalau ambil lesen guna kereta manual. Boleh pandu kedua dua kereta. Kalau ada emergency nak kena pandu kereta member yang manual kan ke senang tak payah dah nak cari kereta auto bagai. Kita kena lihat konteks masa hadapan. Bukan nak senang masa ambil lesen tu je. And one more thing , kereta manual masih dikeluarkan. Lain la kalau memang nak dihapuskan manual and semua kereta akan dikeluarkan dalam transmisi automatik kan.

mynewshub

10:40 AM | 4 comments | Read More

Semak Keputusan MUET Sms Dan Online

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 10, 2012 | 4:00 PM

  • Cara Semak Keputusan MUET secara Online dan SMS
  • Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Semakan Keputusan MUET Secara Online Dan SMS

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan mengumumkan keputusan MUET pada 12 Januari 2012 ini.

Calon-calon MUET boleh mendapatkan keputusan MUET dari sekolah atau institusi masing-masing pada jam 10 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan akan diperoleh melalui pos.


SMS

Taip MUET dan hantar ke 15888. Semakan boleh dilakukan seawal jam 12.01 tengah malam 12 Januari.


ONLINE

Cara semak keputusan MUET secara online : Layari laman MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA atau klik butang enter dibawah :

image


Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Bagi calon calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan sedia ada, anda boleh membuat rayuan untuk membuat semakan keputusan sekali lagi dengan bayaran sebanyak RM 70.00. Permohonan Rayuan Semak Semula Keputusan MUET akan dibuka dalam tempoh dua minggu selepas keputusan MUET diumumkan.

4:00 PM | 2 comments | Read More

Tempahan Baju Kelab Blogger Utagha Tahun 2012 Dibuka

ENTRY INI ADALAH HAK MILIK SEPENUHNYA KIERASAKURA. Tengok gambar ini :

294829_1803738387658_1665822561_1429544_5391773_n

Best kan bila ada event bersama blogger, kita ada baju rasmi untuk dipakai (sila abaikan yang sorang tu..itu special case ..haha)


Assalamualaikum semua

kira nak bukak tempahan shirt KBU (Kami Blogger Utagha)..

bagi sesiapa yang berminat nak beli shirt KBU boleh bank in kat akaun kira dan isi form bawah nie,  lepas tue klik SUBMIT..

semua kotak tue wajib isi jangan skip2 ok... -mood cengei mai dah- hihihi

Harga lengan pendek :: RM28 . sekiranya kuantiti tempahan melebihi 30 helai harga akan berkurangan menjadi RM27. kira akan bagi balance kalau harga bertukar bagi sesiapa yang dah bank in.

Harga lengan panjang :: tambah RM2

Kos Penghantaran bg yg nak kira pos :: RM6

Material :: cotton

Warna :: Hitam
url Link :: kaler putih (perempuan link akan diletakkan dibahagian depan baju, lelaki link akan diletakkan dibelkang baju)
kolar :: roundneck

akaun maybank : Nur Syakira binti Yaakub

158172923744

dah bank in mesej atau pm kira inform tarikh, masa dan nilai korang bank in tue.. sebarang pertanyaan blh pm kira..

tarikh akhir tempahan dan bayaran 31 Januari 2012 (xde postponed ok)

BAGI YANG BERMINAT UNTUK BUAT TEMPAHAN . SILA KLIK :

image


Sebelum ni Kelab Blogger Utagha jugak dah pernah bukak tempahan baju pada tahun lepas dan alhamdulillah kami semua memang seronok pakai baju yang sama masa buat gathering . Boleh ushar di entry entry ini :
Tempahan Baju Kelab Blogger Utagha Khas Untuk Blogger Utara!!!
UPDATE!! Gathering Blogger Utagha Bersama Sama Anak Yatim
KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua
TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG

Gathering Kelab Kami Blogger Utagha Masuk Paper

1:16 PM | 1 comments | Read More

Wanita Sekarang Banyak Aurat Jahiliyah

Terjumpa something semasa online facebook. Sesuatu yang menarik untuk dijadikan pedoman kepada diri . Aku post ni untuk ingatan kepada diri sendiri dan kawan kawan lain yang datang ke blog ni. Bukan bermaksud nak tunjuk alim . Cuma sebagai satu peringatan kepada kita semua. Tak salah berkongsi kebaikan kan?

semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah.Dah macam macam cara berpakaian ada zaman sekarang. Kadang kadang sampai tak berjenis langsung.Baru tadi aku jumpa sorang budak kampus aku. Pakai macam tube pergi makan tengahari. Wat de??????

SUMBER : facebook Aurat Jahiliyyah

11:59 AM | 2 comments | Read More

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, January 09, 2012 | 9:00 AM

KEPUTUSAN MAHKAMAH KES LIWAT DATO SRI ANWAR IBRAHIM 2011

STATUS : DIBEBASKAN (TAK BERSALAH)

Logo kes Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.
Keputusan itu disambut dengan sorakan oleh lebih 6,000 penyokongnya yang membanjiri parkir Kompleks Mahkamah Jalan  Duta di sini.
Keputusan diumumkan sekitar 9.21 pagi.
Terdahulu dengan memakai baju biru dan seluar hitam, Anwar memasuki bilik perbicaraan mahkamah yang penuh sesak diiringi isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anak kira-kira jam 8.50 pagi.
Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Kesesakaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Ruang mahkamah dipenuhi anggota keluarga Anwar dan beberapa anggota Parlimen, dan para wartawan tempatan serta asing.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik.
"Tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.
“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan hanya berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu, dibebas dan dilepaskan,” katanya ketika membacakan penghakiman.
Saiful tidak ada di mahkamah hari ini.

Anwar tersenyum semasa keputusan itu dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak manakala anggota keluarganya kelihatan berpelukan sambil ada yang menitiskan air mata.
Dalam pada itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, keputusan hari ini adalah berdasarkan merit dan pendakwa tidak harus mengemukakan rayuan.
"Ia satu kemenangan yang baik bagi Anwar," kata beliau yang juga Pengerusi DAP.
Ini adalah kes liwat kedua melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat ini selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Sementara itu, pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Kami belum buat keputusan. Kami akan berbincang,” katanya lagi.
Beliau berkata, mereka mempunyai 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

image

boleh baca entry berkaitan sebelum ini :

Video Ucapan Terakhir Keluarga Anwar Ibrahim Sebelum Keputusan Diumum

kenapa ek agak agaknya Saiful tak hadir?

9:00 AM | 0 comments | Read More

Video Ucapan Terakhir Keluarga Anwar Ibrahim Sebelum Keputusan Diumum

imageRasanya most of us dah tahu yang harini satu lagi sejarah politik tanah air akan tercipta dimana keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Dato Sri Anwar Ibrahim akan didapati bersalah atau tidak dalam kes liwat untuk kali kedua. Yaa ini tuduhan dalam tempoh kedua untuk beliau . Kita tak tahu sama ada kes ini betul ataupun tidak TAPI, if u logically and reasonably think of it. Memang kes ni langsung TAK LOGIK DAN TAK MASUK AKAL dan menampakkan mereka yang berkuasa menggunakan sepenuh kuasa untuk menjatuhkan karier Anwar Ibrahim sebelum pilihanraya ke 13. Cuba fikir, kenapa 2012 adalah masanya untuk umumkan keputusan ini . Hanya tinggal sebulan dua lagi ja before pilihanraya .

Aku tidaklah menyokong sangat DSAI ni mostly. Tapi kita berpihak kepada apa yang kita rasa lebih benar dan bagi aku, dengan umur aku yang dah 22tahun ni, aku rasa aku sendiri boleh berfikir apa yang terbaik, apa yang betul dan apa yang tak betul. Aku benci betul bila ada orang cakap “Belajar kat sekolah kerajaan , nak lawan kerajaan pulak “ NO !! Its not about menghargai jasa. Its about something we believe . Even kalau Kerajaan cap ayam memerintah pun , mereka still kena bagi duit untuk rakyat belajar. Not masa BN memerintah ja ada pendidikan. Im 22 and I have right for my country. Politik dari kedua dua belah pihak selalu mencanangkan mereka adalah terbaik untuk memimpin. Tapi kita sebagai pengundim kena berfikir selogiknya siapa lebih layak .

Keputusan mahkamah hari ini mungkin adalah keputusan paling getir dan susah untuk dibuat. Jika benar ia bermotifkan politik (macam kita tak tahu kan mahkamah sekarang pun dah ada “influence” dari mereka yang memerintah) pastinya sukar untuk keputusan dibuat. Kalau DSAI lepas, PRU 13 BN susah. Kalau DSAI kena , Rakyat akan bangkit pada PRU 13. Diluah mati mak diluah mati bapak. Keluar mulut singa, masuk mulut buaya. Apa yang mengejutkan ialah, majoriti pengundi yang akan mengundi buat kali pertama melihat kes DSAI sebagai penentu siapa yang akan mereka undi . Take a look at this

image

ok tengok video ini dulu. Maybe yang terakhir sebelum DSAI dijatuhkan hukuman. Seriusly aku tengok keluarga dia ni sangat bahagia. Tak macam keluarga keluarga menteri menteri lain

 

Aku tertarik dengan satu komen dari viewers video ini

image

image

sentap jugak ayat ini

6:45 AM | 1 comments | Read More

Dr. Ezani Farhana Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, January 08, 2012 | 11:47 PM

l2R9NSiapa kata seorang doktor gigi hanya tahu mencabut gigi sahaja? Siapa kata profesion kedoktoran selalunya mereka yang berprofil tinggi dan tak masuk dapur? Malam ini segalanya mungkin. Rancangan Masterchef Malaysia melabuhkan tirainya setelah berbulan bulan semua peserta berusaha untuk menjadi Chef Terhebat di Malaysia.

Makan dan dapat REWARD!! Siapa Tak mahu kan?

Calon favorite iaitu Dr . Ezani Farhana,  berjaya menggondol gelaran juara Masterchef Malaysia Musim Pe dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri pada masa hadapan. Dr. Ezani Farhana yang baru berumur 26 Tahun , merupakan seorang doktor gigi dan berasal dari Kajang , Selangor.

rtama

Apa pulak kita nak panggil beliau selepas ini? Chef Dr Ezani Farhana.?? Wahh sedap jugak nama tu !! Tahniah diucapkan kepada beliau . Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang beliau,  boleh :

Like Facebook Ezani ataupun follow Ezani di Twitternya.

11:47 PM | 1 comments | Read More

Jurang Mariana Sedalam 11KM Bukti Kekuasaan Allah


Jurang Mariana adalah jurang paling dalam di dunia, dengan kedalaman sehingga 11 km (6.8 batu), dan merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina. Jurang ini ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.
Jurang ini membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina. Bahagian paling dasar adalah jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka). Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.
Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.
Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.













SUMBER

9:42 PM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)