Friday, July 29, 2011

Gambar iPhone 5 : iPhone 5 Dilancar Di Malaysia September Ini

iphone 5 adalah salah satu keyword paling dicari di Malaysia. Belum pun keluar produk ni , dah ramai yang mencari cari wajah sebenar dan spesifikasi telefon pintar ni. Sebelum ni, kalau tak silap la. Aku rasa dari awal tahun lagi dah kecoh pasal pelancaran iphone 5 di Malaysia . Dijangkakan iphone 5 akan dilancarkan pada bulan september nanti.

Antara gambar awal yang dikatakan iphone 5

kan stylo kalau betul betul macam ni. Tapi tak takut pecah ke kalau jatuh sikit.?

edisi yang ini nampak biasa ja tyapi menarik jugak dengan bentuk yang slim dan screen yang dimaximizekan penggunaanya. Pasti lebih puas .

Sangat nipis. Siap ada tulis iphone 5 di bahagian bawah sekali

dan yang paling diyakini mengenai bentuk sebenar iphone 5 adalah seperti gambar dibawah :

iphone-5

tapi kan..kenapa casing belakang nampak seakan akan MP3 player apple?hurmm. Apa pun. Kita tunggu dan lihat bila dan bagaimana bentuk sebenar iPhone 5. Mengenai harga, dikatakan yang harga iphone 5 akan lebih murah berbanding iphone 4. Tapi masih lagi 2k++ jugak la kan?Just wait and see.

##baru je lepas beli hp dengan duit nuffnang. Adoii teringin la pulak nak pakai iphone  gak.ahaha

Thursday, July 28, 2011

Giveaway Hosting+Domain RM100 Dari BroFramestone

Salam semua terutamanya untuk Bro Framestone yang menyeseponsor hadiah untuk giveaway belaiu untuk hujung bulan julai ni. Handsome gambar di atas bro.hehe .Rasa excited nak join sekaki sebab ada beberapa sebab musabab yang menyebabkan aku nak join sekali dalam Giveaway bulan Julai nie

Aku first time masuk blog bro ni dulu dari blog Miss Lolly. Aku selalu masuk blog bro ni sebab banyak benda menarik dan perkara penting dalam dunia blogging yang boleh dipelajari dalam blog beliau. Ada sebab aku nak sangat hosting dan domain ni kalau ada rezeki aku la kan?.

Sebenarnya dah lama aku nak guna domain sendiri dengan nama www.hazrilhafiz.com . Menggunakan nama aku sendiri. And its available .

image

Aku mula nak tukar masa tengok Hanalovenest tukar. Dah lama dah dulu. Ada sembang sembang dengan Intanurulfatea pasal benda ni. But then tertangguh sampai la sekarang sebab agak bussy dengan kerja kerja yang tertangguh. So terlupa macam tu je. Dan bila aku tengok Bro buat GQ ni, terus aku rasa berminat sangat.

Dan sebab lainnya, aku dah bermula untuk jadi seorang blogger yang betul betul serius dalam dunia blogging . Dah hampir 3 tahun aku berblogging dah banyak aku belajar dan sekarang aku nak betul betul serius.Thats why sekarang aku lebih banyak buat entry SEO dan sedang belajar banyak tentang SEO dari CikguDahlia, Anastasyea, Faizal Fredley dan ada lagi la lain lain. So kalau ada hosting wordpresss. Lagi la niat aku ni akan bertambah tambah berjaya sebab Wordpress lebih mesra SEO . Ye kan bro?hehe

Hari ni dah hari terakhir untuk join Giveaway ni. So cepat2 la join . tapi sebelum join. Like dulu dua benda ni.

1. Fanpage Bro Framestone

2. Facebook Bro Framestone

macam macam benda menarik korang boleh belajar dari Bro.

 

Live Streaming Malaysia vs Singapura 28 Julai, Keputusan Terkini Malaysia vs Singapura 28Julai

pic credit to suarabawahtanah

Malam ni,buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Malaysia, Malaysia akan menentang Singapura untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga Fifa World Cup. Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Bukit Jalil dan akan dilimpahi dengan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya .Tiket berjumlah 85ribu keping telah habis dijual dan masih ramai yang menanti jika ada tiket tambahan.

Namun barisan pertahanan masih lagi menjadi kerisauan . Harap harap barisan pertahanan akan buat yang terbaik malam ni, Jangan leka dan jangan seronok awal kalau dapat gol. Jangan berpuas hati lebih awal. Malaysia memerlukan kemenangan 2-0 untuk melayakkakn diri . So 2-0 masih belum selesa. Sekurang kurangnya, 3-0 . Yehh Malaysia mesti boleh buat.

Rakyat   Malaysia dah semakin percaya dengan kemampuan Harimau Malaya mengaum   di adang. So jangan hampakan keyakinan dan kepercayaan penyokong Malaysia.

#Live Streaming perlawanan ini boleh anda dapatkan di LAMAN INI sebab ada sedikit masalah . Tak dapat masukkan live streaming disini. maaf dari admin.

# Keputusan Terkini Perlawanan akan diupdate selepas tamat perlawanan.

# Review perlawanan akan dibuat pada esok hari . So stay tuned disini.

UPDATE KEPUTUSAN :

Malaysia (1) - (1) Singapura
Singapura layak dengan agregat 6-4

Wednesday, July 27, 2011

4 Perangai Orang Malaysia Bila Masuk Jamban

hari ni aku nak buat cerita pasal jamban. Ape aku kisah sukahati aku la nak cita ape pun.haha. Buat ape nak malu cita berak kan sebab berak ni satu keperluan semua orang buat hari hari. Ehh perkataan berak tu kasar tak?aku malas nak taip panjang panjang perkataan BUANG AIR BESOR. So berak pun cukup la kan?kesah hape aku. wuahaha

Ini cerita jamban bukan berak. tapi masih ada ikatan persaudaraan sebab korang mesti berak di jamban kan . Takkan la berak suka hati ja tengah jalan. Pastu buat muka inesen ja. Sepanjang aku hidup dah lebih seabad lama ni. Aku perasan la kan?Ada satu tabiat buang tebiat orang Malaysia yang aku dah wat research. Serius tak tipu gua wat research tentang perangai orang bila masuk JAMBAN espesyeli Jamban Awam . Ade ke jamban awam ?alaaa aku ni bodo sikit BI.(muka inesen)  Omputih paggil ape tah?Pablix Toilert kan?

1. TAK MAU FLUSH

ini satu perangai tak berapa nak beradab sopan yang orang suka buat. Or yang dia tak buat ekceli. Dah melepaskan segala investment busuk dalam perut tu. Dah tak mau flush pulak. Bukan susah pun nak tarik tali pendek tu. Bukan berat macam kena tarik lembu pun. Kadang kadang aku terfikir. Tak rasa apa ka tinggalkan sisa sisa macam tu je. Woii kucing berak pun tanam balik weh. Kiranya lu lagi teruk dari kucing woi..Dasar goblok betul .Aku nak berak pun tak de selera dah pastu.

2. SUKA CANGKUNG ATAS TANDAS DUDUK
Aku tak suka tandas duduk sebab aku rasa tak puas langsung nak berkerja atas tu. Dah nama pun tandas duduk mesti la kena duduk kan?Takkan tidor atas tu pulak . Kerja tak bersivik ni aku pernah buat sekali masa kecik kecik dulu masa umur aku kalau tak silap dalam 2-3 tahun. Aku kecik dulu mana ada berak dalam seluar cam korang weh. Semua berak dalam toilet la. Kecik kecik dah ada pendidikan sivik dah aku ni Tetiba berbangga dengan diri aku sendiri.. kah3x. Tapi sumpah aku tak buat dah sekarang . Dah reti guna dah tandas duduk ni . Ini perangai orang besar yang suka duduk atas tandas duduk ni. Aku geram betul kalau aku masuk toilet pastu tak ada pilihan nak guna tandas cangkung terpaksa la guna tandas duduk . Kenapa ntah tandas cangkung laku betul kat Malaysia ni. Demand banyak . Bila masuk ja. Nahh amik ko. Tapak kasut elok je atas mangkuk tu. Mangkuk betul sapa yang buat kerja tak da sivik cam tu. Dah tu dah la cangkung atas tu pastu tak reti nak basuh balik ke tapak kaki buruk tu?adehhh. Aku nak tunjuk gambar ngeri kesan kalau korang cangkung atas tandas duduk. Tapi jangan terkejut tau. Sila klik SINI

3. KENCING KAT TEPI TEPI MANGKUK (KENCING TERSASAR)

kerja tak bersivik ni selalunya terjadi dalam tandas lelaki. Tak tahu la pulak kalau tandas pompuan pun cam ni?Memang tak leh buat bini la cam tu. ahaha. Dah tandas tu ada lubang elok dah kat situ. Nak jugak buat kencing tersasar kat tepi tepi. Habis percik kena dinding kengkadang . Adehh aku nak cita pun rasa meloya. dah r baru tibai nasik ni. Dah2 stop geli. Pikir sendiri pasal kencing tersasar ni.



4 . BERAK LAMA LAMA SEBAB HISAP ROKOK SEKALI

ini pun  satu lagi yang jadi dalam tandas. Berak kemain lama. Taik batu ke  hape tah dalam tandas tu. Masuk punya lama. Considerate la sikit dengan orang lain yang tak tahan. Kang dia terberak dalam seluar ke. Sape nak tanggung. Berak sikit sikit sudah la. Ini tidak sampai nak terkeluar usus perut punya teran keluar. HAdoii. Lagi satu yang suka bagi lambat ni perokok. Dah berak, nak hisap rokok pulak dalam tu. Dah la jamban tu tempat Seth Tan (ehh peminat Nora Elena marah) berumah dalam tu. Dah kau pergi hisap benda haram tu pulak lagi bertambah tambah suka la dia.

So natijahnya dari cerita kat atas nak cakap . BERAK LA DENGAN PENUH ADAB SOPAN DAN BERSIVIK. Sekian pesanan khidmat masyarakat untuk anda yang nak terberak dari saya yang baru lepas berak.

kesinambungn dari entry Hamzah otromen pasal berak. kah3x.tq bagi aku nak buat idea bro.

#WW 3: Wordless Wednesday : Pulut Ayam Guring

 

LOCATION : DANOK, THAILAND

PRICE :RM 4 @ 40baht

Tuesday, July 26, 2011

Lamborghini Terbakar di McDonald's

petikan dari KOSMO

KEADAAN kereta Lamborghini yang hangus terbakar selepaskebakaran dipadamkan oleh anggota-anggota bomba.


OSLO - Sebuah kereta Lamborghini milik seorang penyanyi rap Norway, Tshawe Baqwa terbakar di restoran makanan segera McDonald's, lapor sebuah akhbar kelmarin. Kereta yang berharga AS$677,179 (RM2.01 juta) itu terbakar semasa Baqwa memesan makanan di laluan pandu lalu di restoran berkenaan. Semasa kereta sport itu berhenti di laluan tersebut, kenderaan berkenaan terbakar kerana enjinnya terlalu panas sehingga mengejutkan orang ramai.

Baqwa keluar dari kereta itu dan memerhatikan kejadian tersebut yang berlaku baru-baru ini. Seorang saksi berkata, adalah sesuatu yang memalukan untuk melihat kereta itu terbakar. Pelanggan-pelanggan di restoran itu terpaksa dipindahkan manakala sejumlah anggota bomba dari Jabatan Bomba Oslo memadamkan kebakaran tersebut. Namun, kereta itu sukar untuk dibaik pulih. – Agensi

Dibawah ni antara beberapa koleksi gambar Lamborghini yang terbakar.

aduhhhh ruginya. Yang ferrari spider bawah sekali tu lagi tak leh terima.Gila rugiiii!!!tapi surely insuran akan cover juta juta punya. No hal lah..Orang yang pakai ni pun komferm poket penuh selalu.

 

Gambar dan Spesifikasi Duit Syiling Malaysia Baru Edisi Ketiga 2011

Bank Negara Malaysia dah perkenalkan duit syiling keluaran ketiga yang akan mula dipakai bermula awal 2012. Semua duit 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen akan dikeluarkan dengan bentuk, wajah dan bahan yang baru yang lebih baik dari keluaran kedua syiling Malaysia.

SPESIFIKASI

RekaBentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:

Denominasi Ikon
50 sen Sulur Kacang
20 sen Bunga Melur
10 sen Orang Asli Motif
5 sen Destar Siga

  • Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ganmbar hadapan dan belakang syiling edisi ketiga Malaysia

SUMBER: BNM

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011

ramadhan sudah hampir tiba.Lebih kurang 5hari ja lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ni akan datang . Dah bersedia ke belum?Dah ganti habis ke puasa yang tinggal tahun lepas atau tahun yang lepas lepas?Harap semuanya settle sebelum kita mula berpuasa insyaAllah pada 1hb nanti.

Di bawah ni ada aku linkkan jadual berbuka puasa dan imsak lengkap untuk wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam format pdf yang boleh di download terus. Sila klik button download di bawah :

dan untuk jadual berbuka dan imsak lengkap untuk semua negeri di Malaysia, anda boleh layari laman Anastasyea.com. Beliau dah sediakan dokumen lengkap berbuka dan imsak untuk rujukan sepanjang Ramadhan nanti .

#harap Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan dan kebaikan untuk kita semua. Selamat berpuasa.

Monday, July 25, 2011

Tutorial Mudah Pasang Burung Tweet Berterbangan Di Blog

ada perasan tak dengan seekor burung tweeter yang berterbangan dalam blog aku ni?seperti gambar di atas? Ada beberapa orang yang request dan bertanya macamana nak pasang burung macam tu. So hari ni aku nak tunjuukan beberapa step yang sangat mudah untuk pasang burung tweet ni dengan menggunakan javascript yang dibuat oleh teknikbuatblog. Tak perlu edit html coding. Cuma add gadget ja. Senang mudah dan cepat.

Step 1 :

macam biasa masuk di dashboard dan Add Gadget (surely semua orang tau kan nak add gadget?)

Step 2 :

Pilih widget  HTML/JavaScript

image


pastekan code di bawah pada ruangan gadget tersebut :

<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/burungtwitter.js?attredirects=0&amp;d=1" type="text/javascript"> </script> <script type="text/javascript"> var twitterAccount = "HafizRahman_com"; var tweetThisText = " <data:blog.pageTitle/> ~ <data:blog.Url/> "; tripleflapInit(); </script>
##sila ubah perkataan yang di boldkan kepada username tweeter anda. Edit dan terus save . Dah siap. Burung akan terbang bebas dalam blog korang. Sekian untuk tutorial kali ni. Lebih banyak tutorial menarik di TUTORIAL

kalau ada sebarang masalah boleh la bertanya di ruangan komen. Jangan malu malu

Sunday, July 24, 2011

Gambar Kapal Mewah Robert Kuok Bersalur 100tan Emas Berharga 13billion

berita ni aku baca dalam Kosmo hari  ni. Tentang pembinaan kapal paling mahal didunia yang telah ditempah oleh seorang businessman Malaysia. Dalam Kosmo tak sebut siapa tapi dari sumber sumber yang sangat boleh dipercayai mengatakan yang tempahan dibuat oleh orang paling kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok atau lebih popular dengan gelaran Raja Gula.

Kapal ni berharga 13billion. Bermakna sama dengan 1300juta. Gila lahhhh!!!nak dapat sejuta pun belum tentu sampai mati aku dapat. Dan yang lagi gila. Keseluruhan kapal disalut dengan emas seberat 100TAN Jom kita tengok beberapa gambar kapal yang diberi nama History Supreme

petikan dari Kosmo:

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

History-Supreme-yacht-1

History-Supreme-yacht-2

History-Supreme-yacht-3

History-Supreme-yacht-4 (1)

notatapakkaki : dah tak tahu nak buat apa la tu dengan duit. Ni mesti dah habis idea dah nak buat apa dengan duit yang tersangat banyak tu. Tak pa la . Rezeki dia nak buat macammana kan? Tapi kan?Dengar kata tahun depan subsidi gula dah tak ada. ?betul ke?