Download Video Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 22, 2011 | 5:56 PM

aku bukan penyokong setia kerajaan DAN aku bukan jugak penyokong fanatik pembangkang. Aku sendiri tak tahu mana aku nak sokong sebenarnya . Walaupon orang selalu cakap politik tu penentu masa depan negara , tapi aku rasa macam malas nak amik tahu pasal politik Malaysia ni . Sebabnya rasa meluat and dah muak plus benci dengan perangai orang orang ni.

Kerajaan dengan isu itu, pembangkang dengan isu ini. Rakyat ditengah tengah tersepit , mengikut ja kata kata orang atas. Fortunately, rakyat Malaysia nie tak macam orang orang Asia Barat lately yang habis habisan menentang , buat rusuhan untuk tegakkan kebenaran. Tak mau cerita pasal tu, sekarang kita cakap pasal kes politik sekarang .

Semalam heboh dengan cerita Anwar Ibrahim punya video lucah tersebar. Belum pun selesai kes liwat dia, satu lagi datang . Importance note to be remembered, aku bukan penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tetapi bercakap dan menulis sebagai seorang mahasiswa dan manusia ,yang memerhati kejelikan politik Malaysia yang semakin kotor dan memualkan. Parlimen Sarawak baru dibubarkan, PRU semakin dekat, SPR sedang sibuk untuk PR Sarawak . Kerajaan dan pembangkang masing masing keluar dengan cerita baru nak dapatkan sokongan rakyat. Masing masing mula bermain kotor, timbulkan macam macam isu untuk hasut minda rakyat. Dan , hakikatnya , capaian kerajaan kepada rakyat lebih tinggi dengan macam macam medium penyampaian. UTUSAN of course yang pertamanya, RTM, TV3 dan segala stesyen semuanya menunjukkan kebaikan kerajaan setiap masa . Itu advantage bagi mereka.

Berbalik pada cerita sex DSAI yang dikatakan dijumpai oleh Datuk T. Siapa sebenarnya Datuk T???Datuk Tikus?Tenggiling?ada yang cakap Datuk Nalakaruppan. Entahla. Kalau benar video tu , kenapa perlu berahsia. (once again , saya bukan penyokong DSAI tetapi bercakap mengikut logik akal je).Macammana Video Lucah boleh ditayangkan secara public di hotel 5 bintang (Carcosa). Tak ada ka pihak berkuasa?Memang boleh ek tayang video lucah dikhalayak ramai?nak cuba la. Agak agak kena ISA tak?Kenapa Datuk T tak kena ISA pun? Kadang kadang aku kesian dengan DSAI ni., satu satu isu ditimbulkan oleh kerajaan untuk jatuhkan beliau. Boleh diibaratkan keluar dari mulut singa, masuk mulut buaya. nasib kau la Anwar.Siapa suruh kau nak masuk politik kan?

video penafian DSAI berkaitan Video Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim. tak tahu nak cakap apa lagi. Macam kata Joegrimjow

Baru je Parlimen Serawak dibubarkan, terus ada 'kes' muncul. Macam dirancang-rancang je =)

dan DSAI turut memberi komen berkaitan kes ni dalam blog beliau ANWARIBRAHIMBLOG

 

tertarik dengan entry berkaitan isu ini di SINI dan SINI

 

p/s : nak download?tak payah la. Tak baik. lagipun macam kita dengar, pelakon tu perut boroi kan?ahaha.HURMM DAH TAK TAHU NAK PANGKAH SIAPA PRU NANTI. MACAM MALAS JA WALAUPUN INI FIRST TIME AKU NAK PANGKAH!!

5:56 PM | 7 comments | Read More

Tempahan Stiker Motor Dan Kereta Untuk Blogger Utara

selepas mengeluarkan Baju rasmi dan paperbag Kelab, kini Kelab Kami Blogger Utagha keluarkan pulak stiker untuk kereta , motosikal, lori, kren. dan kalau ada kapal terbang punh boleh ja tempek dekat kokpit plane tu. Dan anda juga tak akan disaman kalau tempek kat dahi sendiri.

Bawah ni ada 4 design warna yang masih menjadi perdebatan dan penyebab perang saudara dalam memilih design paling dicintai ramai. Aku pilih 1 sebab sama dengan stiker UiTM.at least tempek sebelah warna dia tak la buruk sangat.haha. dah la motor aku memang dah buruk, nanti tak pasal lagi huduh.

mesej dari  Pakcu Sofi

Mintak tlg kerjasama semua sila VOTE design sticker KBU...1. Purple
2. Pink
3. Biru
4. Hitam
5. Transparent (tmbah duit)


vote sebelum pukoi12 sok..nakp hantaq kedai dah

haa dah puas tenung design2 tu?kalau tak puas lagi, sila tempek dahi kat skrin lappy tu pastu pusing2 bola mata tu bagi jelas sikit.so dah buat pilihan>?sila vote di SINI. Anda kena mendaftar sebagai ahli KBU dulu okeh?dan tambahan , tinggal beberapa hari ja lagi untuk gathering besar pertama KBU di Pantai Teluk Asam, Penang bersama sama anak yatim. bukan anak yang bapak dia nama yatim tapi ini betul betul anak yatim ya.

damn it sebab aku tak leh join. Kena ke Pangkor 3hari untuk kursus. WATDEFISH!!

sila baca :

Update Terbaru Berkenaan Gathering Bersama Anak Anak Yatim

9:18 AM | 0 comments | Read More

Keputusan SPM 2010 Diumum Rabu Ini

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 21, 2011 | 9:54 PM

BILA KEPUTUSAN SPM 2010 DIUMUMKAN?

petikan berita dari MalaysianInsider

PUTRAJAYA, 21 Mac – Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. – Bernama

……………………………………………………

tiba tiba teringat masa nak ambik result SPM masa tahun 2008 dulu. Perasaan tu jangan cakap la. Malam tu memang tidor tak lena langsung. Asyik memikirkan apa akan jadi sebab masa jawab tu buat hentam lebih kurang ja. Then bila dah dapat..hurmm ok la…ada jugak A kan dari tak dak langsung.

And moment paling best masa SPM aku dulu, bila student sekolah aku , Azali Azlan cipta rekod Terbaik SPM Malaysia. 21A tu. Memang tak dak orang boleh lawan dia. Tapi pelik, aku study jugak dengan dia tapi why result aku teruk gila?(dasar memang malas kan’?.)haha.

result dia sumpah panjang. Aku penah tengok.

last aku jumpa dia masa tahun 2009 before dia pegi oversea. Siap belanja aku lagi tu. Biasa la ,lepas SPM kuar tu kan dia jadi penceramah , so income memang masyuk habis la..

Berita pasal Azali ada di SINI. kalau baca tau la aku sekolah mana.haha.So adik adik yang nak ambik result tu gud lux semua. Doa banyak banyak bagi result gempak gempak.

9:54 PM | 1 comments | Read More

Gambar Dan Berita Perkahwinan Kris Dayanti

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 20, 2011 | 7:51 PM

Majlis pernikahan penyanyi popular Kris Dayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta baru saja selesai berlangsung pagi tadi. Selamat pengantin baru buat pasangan ini. Gambar kahwin Kris dah disiarkan di semua media di Indonesia dan Malaysia. Sekarang, boleh gelarkan diva popular ni sebagai Kris Lemos.

Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti tentunya sudah boleh menarik nafas lega kerana selepas ini dia tidak perlu lagi gusar memikirkan apa lagi pandangan kurang enak terhadap personalitinya yang disifatkan banyak pihak sebagai kurang elok.

Semuanya kerana dia sudah sah menjadi isteri kepada Raul Lemos, lelaki yang berjaya mencuri hatinya selepas dia bercerai dengan penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.

KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

Pagi tadi, pasangan itu diijabkabulkan di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya Jakarta, Indonesia dengan dihadiri kaum keluarga terdekat serta kenalan rapat pasangan itu. Kedua-duanya dinikahkan sendiri oleh bapa Kris dengan hanya sekali lafaz oleh Raul.

Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Kris menerima hadiah mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Pasangan berkenaan juga saling menukar cincin perkahwinan jenama Bvulgari.

Kasih sayang Raul terhadap Kris cukup terserlah. Sejurus selepas sah bergelar suami isteri, lelaki itu tanpa segan silu merangkul isterinya dan mengucup bibir Kris. Dia juga turut mengucup dahi wanita baru yang bakal mendampinginya sebagai teman hidup.

“Saya sangat mencintai Kris. Dia akan menjadi pelengkap baru dalam kehidupan saya,” ujar Raul seorang usahawan yang dikenali ramai di negara kelahirannya, Timor Leste.

Sebetulnya, bukan mudah untuk Kris dan Raul dapat merealisasikan kenangan indah dalam hidup mereka itu. Ini kerana, semasa menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih, kedua-duanya sering menjadi sasaran gosip-gosip liar.

Bahkan banyak cerita kurang manis mengenai Kris dan Raul dijaja media-media tempatan sehingga kedua-duanya kurang senang untuk bercakap kepada wartawan mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, selepas merancang dengan teliti, Kris dan Raul akhirnya dapat disatukan sebagai suami isteri. Pasangan itu juga bakal diraikan dalam satu majlis persandingan di Hotel Mulia, Jakarta pada 25 Mac ini.

Kata Kris, biarpun berdepan dengan pelbagai kesulitan sebelum ini, namun dia sentiasa yakin dengan kebesaran Allah dan percaya bahawa hari bahagia buat dia dan Raul akan tiba juga.

“Ternyata semuanya benar. Alhamdulillah, hari ini kami berdua sudah berkahwin. Inilah berkat kesabaran saya dan Raul. Saya terlalu bersyukur,” ujarnya.

Bagi Raul atau nama sebenarnya Raul Dos Reis Lemos, pernikahan dia dengan Kris sudah cukup membuatkan hatinya gembira kerana tidak perlu lagi risau memikirkan pandangan negatif orang-orang yang kurang senang dengan hubungan mereka.

“Semoga selepas ini tiada lagi perkara tidak betul yang diceritakan mengenai kami berdua,” ujarnya ringkas kepada wartawan pada sidang media.

Hadir sama pada majlis pernikahan pasangan popular Indonesia itu ialah ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal . Tidak ketinggalan artis-artis terkenal seperti Rossa, Desi Ratnasari, Maia Estianti dan lain-lain. GUA difahamkan Anang tidak hadir ke majlis tersebut kerana menghidap selsema.

 

KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

KRISDAYANTI RAUL LEMOS RESMI MENIKAH

sumber berita : budiey

sumber gambar : Kapan Lagi

7:51 PM | 2 comments | Read More

UPDATE!! Gathering Blogger Utagha Bersama Sama Anak Yatim

berblogging bukan sahaja bermaksud untuk berseronok seronok juma kawan baru. tapi dalam masa yang sama, kita boleh berbakti dengan mereka yang tidak mampu mendapat apa yang diimpikan. So dengan rasa tanggungjawab, Kelab Blogger Utagha telah mengambil inisiatif bersuka ria sambil beramal dengan menganjurkan gathering bersama sama anak anak yatim . Maklumat lanjut seperti dibawah :

TARIKH: 26 MAC 2011

HARI: SABTU

MASA: 12 TENGAHARI - 4.30 PETANG

TEMPAT: TANJUNG ASAM, TELUK KUMBAR PULAU PINANG

BAYARAN: RM 15 SEORANG

PENGLIBATAN: BLOGGER UTARA DAN ANAK YATIM SINARAN KASIH PULAU PINANG

Align Center

Gathering Blogger Utara kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran anak yatim dari Rumah Sinaran Kasih.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirancang untuk menghangatkan lagi Gathering kali ini.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bersama-sama memeriahkan Gathering kali ini.

Selain dapat beramah mesra sesama Blogger kita turut dapat berbakti dan menggembirakan anak-anak yatim.

Kalau ada pihak yang ingin menaja, sangat dialu-alukan

malangnya aku tak dapat nak join sebab sabtu ni ada kursus.huhu..

sumber : CIK GKSB dan Ehh!!Blogger

 

1:47 PM | 0 comments | Read More

Aplikasi Terbaru Dari Blogger Bakal Menyamai Wikipedia Kejutan Untuk Tahun 2011

Untuk tahun 2010, platform Blogger telah dianugerahkan dengan kejayaan menjadi platform blogging terbesar di dunia dan website ke enam terbesar di dunia mengikut ranking Alexa.

Sehingga tahun 2010 sahaja, blogger diseluruh dunia yang menggunakan platform Blogger telah menghasilkan 1/2 billion post ,dan dibaca oleh hampir 400juta pembaca diseluruh dunia. Itu cerita tahun 2011

Untuk tahun 2011, Blogger kembali lagi dengan featured terbaru yang lebih gempak dan sesetengah dari pengguna pengguna blogger meramalkan platform blogger akan menjadi lebih hebat dari Wordpress dan lain lain. Jom kita tengok antara featured terbaru yang gampak dari blogger sebagai kejutan untk semua pengguna Blogger pada tahun 2011

STYLE JUGAK!!!!

Dan dibawah adalah perbandingan platform Blogger sehingga tahun 2010 dan pembaharuan yang akan dibuat pada tahun ini.

Create New Post

dan pada tahun 2011 ia akan menjadi seperti ini.Moden!!

DASHBOARD

selepas pembaharuan untuk tahun 2011. Lebih moden dan mesra pengguna. Capaian pengguna akan menjadi lebih mudah.

Blogger turut memperkenalkan featured carian kandungan yang membolehkan pengguna mencari kandungan berkaitan post yang sedang dibaca.(boleh rujuk dalam video diatas kalau tak faham)

sama sama kita tengok apa lagi akan diperkenalkan oleh Blogger untuk tahun 2011.Aku pun tak pasti bila featured featured di atas akan dibuka untuk kegunaan semua blogger. kalau anda ada maklumat berkaitan, jangan segan segan untuk berkongsi di komen.

12:14 AM | 1 comments | Read More

Fenomena Super Moon 19Mac2011 | Fakta dan Persediaan Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, March 18, 2011 | 8:20 AM

seperti yang semua sedia maklum, esok iaitu19Mac2011 satu kejadia Supermoon akan berlakudi Bumi .

APA ITU SUPERMOON? 

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.  ( sumber  )

100607111310-large

BERAPA JARAK BULAN DAN BUMI PADA FENOMENA SUPERMOON?

Bulan akan berada lebih dekat dengan bumi iaitu 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer pada waktu waktu biasa. Jadi bulan berada 27826 kilometre lebih dekat dengan bumi dan daya tarikan graviti bulan akan memberi kesan kepada pergerakan di bumi. Kita sedia maklum tentang kejadian pasang surut air laut berpunca dari graviti bulan dan kedudukan yang lebih dekat ini dikhuatiri akan menyebabkan air laut meningkat ke tahap yang lebih serius dan mengundang tsunami.

KAITAN DENGAN BENCANA ALAM

Fenomena ini diramalkan akan mengundang bermacam macam malapetakan dan bencana dibumi .Tetapi hanya Allah yang mnentukan segala galanya. Kita doakan semoga segalanya berjalan seperti biasa dan tiada bencana meragut nyawa yang berlaku. Video dibawah menunjukkan bencana bencana yang akan berlaku jika fenomena ini berlaku esok.

PERLUKAH KITA BERSEDIA

Tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku. jadi perlukah kita bersedia?Ya, kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Untuk tarikh esok, sila pastikan anda tidak berada dekat dengan kawasan pantai dan laut. Ini cuma persediaan sahaja dan bukan khabar angin yang mengatakan fenomena ini pasti akan berlaku. Hanya Allah yang menentukan sesuatu.

Namun fenomena ini juga mendapat PENAFIAN(sumber) dari sesetengah ahli astronomi bahawa fenomena Supermoon ini tidak akan mempengaruhi mana-mana bencana alam.Dalam kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa kita lalui setiap bulan. Pakar- pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta sedemikian.

artikel lain yang berkaitan:

  1. Will March 19 'Supermoon' Trigger Natural Disasters?
  2. March 19, 2011… “SuperMoon” or “SuperHype”?
  3. 'Supermoon' Has No Connection to Japanese Earthquake
  4. Adakah Extreme Super Moon serta kejadian Tsunami di Jepun mempunyai kaitan?
  5. Fenomena Supermoon (Syzygy) 19 Mac 2011

 

*Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Gempa Bumi Dan Tsunami Jepun dan membantu mereka dengan melayari

 Google klik pada logo

Badan badan berkaitan

UnicefSave the ChildrenInternational Medical Corps

8:20 AM | 1 comments | Read More

Video Bumi Bergerak Dan Air Memancut Keluar Dari Bumi Semasa Gempa Bumi Jepun

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 17, 2011 | 11:38 PM

Video menunjukkan pergerakan bumi ketika gempa bumi berlaku dan air dari perut bumi yang membuak buak keluar ketika tanah bergerak gerak. Seriusly aku tengok rasa semacam ja. Lelaki yang rakan ni rilek je kan?

gilerr arr gerak gerak sampai macam tu tanah. Moga Malaysia diauhkan dari segala bencana,.

11:38 PM | 5 comments | Read More

Lagu Spongebob Versi Kedah Dan Kelantan

Pernah dengar lagu spongebob?mesti pernah kan?jangan nak tipu la .haha

ini versi omputih

17138_SpongeBob_19

Are you ready kids "Aye Aye Captain"
I Can't hear you "AYE AYE CAPTAIN"
Ohh...
Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"
Absorbant and yellow and porous is he
"Spongebob Squarepants"
If nautical nonsense be something you wish
"Spongebob Squarepants"
Then flop on the deck and plop like a fish
"Spongebob Squarepants"
READY
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants

SPONGEBOB SQUAREPANTS!! AH AHH AHH AHAHAHAHAHAHAHHH....

haa kita tukar sikit jadi Bahasa kelate..sila nynyi kuat2 dan banyak2 kali baru masuk…

kelantan


Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok! Ready?
Sponge............bob Sluar Kkotok,(3x)
Spongebobbb Sluar kotok

dah abeh try bahasa kelantan?sekarang kita try bahasa Kedah pulak.ahaha

kedah

Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini  teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak

Spanbob seluaq Petak!

AH  Ahh Ahh Ahahhaahhahahahah....

 

sekian lawak untuk petang ini.

6:14 PM | 8 comments | Read More

Nikmat Bersama Kaunselor

ini cerita panas yang baru keluar petang tadi. Dalam pukul 3. haha. Sila baca cerita selanjutnya selepas anda layan iklan iklan ini yerr

belum join churp churp?ingin duit dari dunia blogging?klik banner dibawah

image

broadband 3GB hanya 38ringgit sebulan dan anda akan dapat Mata Ganjaran tambahan setiap kali anda buat bayaran setiap bulan.Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

image

iklan tajaan khas ChurpChurp

ok kita sambung cerita pasal kaunselor.Kenikmatan tak terhingga dah aku rasa tadi tatkala berjumpa dengan kaunselor itu. Okeh nak citer elok elok nih. Dengar. Sebenarnya dah lama aku ada masalah peribadi dan dalam dilema untuk pilih sambung degree. nak tentukan masa depan sendiri pun aku susah nak buat keputusan. Macam macam benda nak kena difikirkan. Segala benda nak kena dipertimbangkan dulu. Family, masa depan, and macam maca lagi la.

Then semalam aku buat keputusan untuk jumpa secara privasi dengan kaunselor UiTM Kedah . Lepas dah buat appointment semua, then pukul 3petang tadi mengadap la aku ke bilik dia. Dekat sejam lebih jugak la kena basuh dengan dia. Dan alhamdulillah lepas dengar pendapat orang pakar macam dia, macam macam masalah dah rasa ringan sikit walaupun belum selesai. Dah nampak sikit cahaya di jalan yang gelap tu. Kira dah dapat sikit la pedoman dengan hidayah untuk aku buat keputusan masa depan aku.

Terima kasih sangat pada Puan Azliza, kaunselor UiTM Kedah yang sangat baik dan lemah lembut layan student student yang datang untuk sesi kaunseling. Memang terbaik la dia. Kalau macam ni, hari hari pun aku sanggup jumpa dia sebab lepas jumpa. rasa macam masalah selesai la setengah jam. Pastu serabut balik la..haha. Dah dasar memang jenis bermasalah kot aku  nie kan?

Apa pun kepala dah rasa ringan sikit lepas sesi tadi. InsyaAllah lepas ni akan buat follow up dengan dia lagi untuk betul betul settle masalah ni.

 

jangan pelik dengan entry ni sebab ia ditaip 2hari yang lepas.cuma tak publish ja sebab bagi priority untuk entry2 SEO dulu.hehe

12:17 PM | 1 comments | Read More

Free Download Filem Aku Masih Dara


9:38 AM | 0 comments | Read More

Suami Tiara Jacquelina Ada Hubungan Dengan Maya Karin

image

Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.


Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.


"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya," katanya.


Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu.image


Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September di Istana Budaya.
Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.


Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.


Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.

yeke ?boleh percaya ka lelaki dia contoh terbaik?hehe. Lelaki zaman sekarang bukan leh percaya sangat. acece macam la aku ni perempuan kan?sheshhh~

sumber: JomLepakzz

9:08 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)